30 August 2010

Angan-Anganku

Dulu sebelum saya ada blog, saya suka meluahkan perasaan, harapan dan cita2 dalam buku kecil warna pink. Tapi sekarang saya dah moden. Dah tak tulis dah dalam buku tu. Tapi saya masih menyimpannya kerana kenangan saya di sekolah lama banyak dalam buku tu. Dulu saya bersekolah di Melaka. Sebuah sekolah elit.

Semasa ditingkatan 5, saya mula serius dengan cita2ku. Saya rancang betul2 apa yang saya nak kejar. Matlamat yang saya nak kejar banyak. Dengan kata lain, saya ada banyak angan2. Saya ada luahkan angan2  itu pada kawan baikku kat dalam kelas. Dia banyak memberi sokongan kepada saya. Thanks friend.

Saya mengambil SPM pada tahun 2008 dan subjek yang saya ambil ialah 10. Aliran sains tulen dan tambah prinsip akaun. Saya tidak mengambil Bahasa Arab tapi saya nak sambung belajar di Mesir. Kenapa? Bumi Mesir bumi para ambiyaa. Disana penuh dengan keberkatan dan setiap kata2 perlu dijaga.

Masa berlalu dan keputusan SPM keluar pada bulan Mac 2009. Saya agak kecewa dengan keputusan SPMku tapi saya tetap bersyukur. Ada 3 subjek yang saya tak dapat A: Matematik tambahan, fizik dan prinsip akaun. Saya menangis selepas ambil result. Tapi tak salah untuk aku meangis sebab dengan cara itu saya dapat hilangkan rasa sedih.

 Alhamdulillah saya dapat belajar di sebuah matrikulasi di utara Malaysia. Saya berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Saya mula melupakan hasratku untuk belajar di Mesir tapi di sudut kecil hatiku, aku yakin dengan kuasa Allah. Allah berfirman, Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. (Yasin:82).

Sebenarnya dalam diam kakak saya ada mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan di bawah Akademi Al-Quran Medic MAlaysia.

Pada suatu hari surat tawaran untuk belajar di Mesir sampai. Saya terkejut dan gembira. Lama juga saya ambil masa untuk fikir sama ada nak terima tawaran ke tidak. Sebelum dapat keputusan yang muktamad, ada beberapa konflit yang berlaku. Tapi dengan izin Allah saya dapat juga belajar disana selepas diizinkan oleh kedua orang ibubapaku.

Sekarang baru saya nak tulis apa angan2ku. Angan2 tu saya tulis dalam bentuk flow chart. Bermula dengan SPM.

                                                        SPM (NOV-DIS 2008)
                                                                     
                                                   PERSEDIAAN (2009-2010) 

                                                 FLY TO MESIR (2010-2016)

                                              GOT DEGREE- DR DAIE (2016)

                                           SERTAI KERJA SUKARELAWAN

                                            MASTER- GYNAECOLOGY (2026)

                                     AKTIF DALAM KERJA SUKARELAWAN           

Inilah angan2ku yang dibina dengan lebih serius semasa tingkatan 5. Kadang2 saya rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Inilah yang dikatakan kuasa Allah. Terima kasih ya Allah kerana memberi saya peluang. Kesimpulannya tidak salah untuk saya berangan- angan tapi mesti diiringi dengan usaha dan doa.

                   "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang 
                           Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan
                    orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu
                           memenuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu agar mereka
                                        memperoleh kebenaran". (Al-Baqarah:186)
                     

29 August 2010

Apakah Peranan Aku?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Syukur Alhamdulillah kerana aku diberikan dua nikmat terbesar iaitu nyawa dan iman. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Allah berfirman: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". (At-Tin: 4) . Sebelun ini aku tidak pernah terlintas akan persoalan kenapa Allah menciptakan manusia? Apa peranan aku sebagai manusia sebaik-baik ciptaan? Dari mana datangnya aku? Adakah aku cukup mengenali diriku sendiri? Orang yang kenal dirinya sendiri, maka dia mengenal Tuhannya.

Manusia diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya. Allah berfirman: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaku".(Az-Zariyat:56).  Maksudnya aku dicipta oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya. Adakah aku sebagai hamba  Nya cukup patuh dalam beribadat kepada Allah. Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah serta petunjuk kepadaku untuk menghambakan diri kepadaNya. Perkara asas yang perlu ada dalam beribadat adalah solat. Solat merupakan taing agama dan penghubung antara manusia dan Allah.

Masalah sosial dalam kalangan pemuda-pemudi sekarang berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Kes pembuangan bayi, pelacuran, mat rempit dan sebagainya merupakan perkara biasa yang melanda pemuda-pemudi sekarang. Kenapa perkara sebegini berlaku? Adakah kerana tidak berpegang dengan Al-Quran dan sunnah? Hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya. Melihatkan keadaan ini adakah aku harus berdiam diri? Adakah peranan aku hanya beribadat kepada Allah semata-mata?

Jawapannya TIDAK. Selain daripada Allah menciptakan manusia untuk beribadat kepadaNya, manusia juga diciptakan untuk menjadi khalifah iaitu menyampaikan amar makruf dan nahi mungkar. Allah berfirman: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah:30).           
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah ia lebih baik dari mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang2 fasik. (Al-Imran:110)

Kesimpulan yang boleh aku buat adalah tugasku sebagai hamba Allah bukan untuk beribadat sahaja tetapi juga untuk menyebarkan amar makruf dan nahi mungkar. Nabi s.a.w telah lama wafat. Jadi siapa yang harus menyambung tugas dakwah nabi kalau bukan aku dan umat Islam sekarang. Jadi pada masa sekarang tugasku yang paling utama adalah dengan belajar bersungguh-sungguh atas maksud dakwah dan menjadi seorang doktor. Bukan doktor semata-mata tetapi doktor daie. Semoga Allah sentiasa membantuku dan memberi kekuatan dalam melaksakan tugas sebagai hambaNya. Amin...