08 December 2011

Permata yang Dicari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Selawat dan salam diucapkan kepada jungjungan besar Nabi SAW.

Dari tahun lepas saya merancang nak 'talaqqi' dengan syeikh arab. Tapi hajat tak kesempatan disebabkan faktor jarak yang jauh antara kaherah dan zagazig. Di zagazig susah nak cari syeikh. Bukan susah tapi tak tahu nak rujuk siapa. Kat sini pelajar agama tak ramai kalau nak dibandingkan dengan kaherah dan pusat talaqqi di kaherah kerana kat sana ada masjid azhar, masjid imam syafie dan banyak lagi tempat yang boleh nak cari syeikh.

Apabila masuk tahun 2 keinginan makin tekad kerana dah setahun tak berguru dan baca quran dengan 'tok guru'. Saya ada kenal seorang kawan arab dan kami agak rapat. Suatu hari saya minta tolong dia carikan syeikh untuk saya belajar quran. dan alhamdulillah dia perkenalkan saya dengan seorang syeikhah. Syeikhah Nabilah namanya tapi dia suruh panggil 'khaltu Nabilah'. Kalau terjemah dalam bahasa melayu lebih kurang mak cik Nabilah.

Alhamdulillah sangat2 sebab Allah pertemukan saya dengan khaltu nabilah. Tengok dia membuatkan saya teringat kat Mak Cik Noh iaitu tok guru ngaji saya sebelum datang mesir. Saya ingat apa yang Mak Cik Noh pernah pesan. Pergi Mesir sambung belajar quran kat sana pulak dan balik nanti ajar dia pulak. Ya Allah besarnya harapan Mak Cik Noh. Insya Allah. Saya akan gunakan segala peluang yang ada kat sini.

Mesir sekarang sedang mengadakan pilihan raya untuk jawatan kabinet. Setiap petang jalan raya mesti sesak. Dah 2 hari pergi jumpa Khaltu nabilah dengan jalan kaki kerana nak kejar masa. Saya jalan kaki boleh sampai dulu daripada bas apabila jalan sesak. Jarak dari universiti ke masjid saya belajar quran bukannya jauh sangat. Ambil masa 15- 20 minit kalau jalan kaki. Kelas paling lewat habis pukul 3.30ptg. Pukul 5 dah magrib dan memang kena cepat sebab perlu sampai rumah sebelum magrib. Lagi rasa berkejar apabila hari itu turn saya untuk masak dan kami biasanya makan sebelum magrib.

ni masjid imam syafie

ni masjid husin

masjid ni lupa nama dia
Semua itu tak mematahkan semangat saya sebab perkara remeh je. Dalam nak buat sesuatu, perkara yang penting untuk ada ialah KEINGINAN. Dan KEINGINAN menghasilkan USAHA. Insya Allah lepas ni, Khaltu nabilah akan ajar tafsir Quran. Ya Allah permudahkanlah. Belajar medik tak boleh tak study walaupun 1 hari. Nanti tak terkejar. Dalam 1 hari banyak benda baru yang belajar diuniversiti dan perlu faham dan hafal pada hari itu juga. Saya kena bahagikan masa antara nak hafal fakta medik dan nak hafal quran. Tapi khaltu nabilah tak marah kalau tak sempat hafal. Nanti saya kena luangkan lagi masa 2 jam untuk belajar bahasa Arab pulak. Semoga pelajar saya tak tercicir.

Insya Allah masa yang Allah bagi selama 24 jam cukup untuk buat semua benda itu. Asalkan pandai guna dan hargailah masa yang ada. Gunakan masa itu untuk mencari permata2 yang tertimbus dalam pasir2 di mesir ini. Saya tak nak balik kerja di Malaysia hanya sebagai graduan biasa. Saya nak kutip semua ilmu yang ada selagi mampu.  Syukur Ya Allah atas pertemuaanku dengan khaltu nabilah dan permudahkanlah.. Amin.

Wallahua'lam...


03 December 2011

Amanah Itu Daripada Allah

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Maha Penyayang

Dulu, semasa 1st year saya tidak suka apabila senarai nama kumpulan usrah daripada Persatuan Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) telah keluar. Saya cakap kat diri sendiri 'aku tak nak pergi usrah ni, orang lain tak boleh paksa aku'. Pada masa itu, saya sangat (100x) tak suka. Saya rasa geram kerana apabila senarai nama keluar seolah-olah mereka memaksa saya untuk pergi usrah. Saya tak nak masa belajar saya tergangu. Walau bagaimanapun, apabila naqibah beritahu ada  usrah, saya pergi juga kerana semua ahli bait saya pergi. Saya pernah ponteng usrah walaupun sekali dengan alasan ada hal. Bukan hal penting sangat pun tapi sebab malas.

Lama kelamaan apabila saya mengikuti usrah itu, saya rasa seronok. Masa 1st year, kami bincang buku 'kewajiban remaja muslim' karangan Dr Yusuf Ai-Qardhawi. Saya pernah membaca buku itu semasa SPM. Saya rasa seronok kerana dapat bagi pandangan dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Hajat untuk berkongsi tentang isi buku tadi terpaksa ditangguhkan lagi atas sebab kekangan masa. Tetapi apabila fikir balik kenapa tak sempat. Apa sangatlah kesibukan belajar yang saya hadapi jika nak dibandingkan dengan kesibukan Rasullah. Baginda lagi sibuk dan banyak tanggungjawab. Memerintah negara, menyampaikan dakwah dan masa untuk keluarga.

Apabila masuk tahun 2 silibus yang digunakan untuk usrah ialah buku maza yakni, Apa Erti Saya Menganut Islam. Suatu hari, saya dapat satu amanah yang agak besar untuk saya pikul. Apabila ditanya sanggupkah saya memikul amanah itu, saya jadi berdebar. Ya Allah, kenapa saya yang terpilih untuk menjadi naqibah. Saya tak ada ilmu. Ada lagi orang lain yang lagi layak untuk jadi naqibah. Jawapan yang mampu saya ucapkan hanyalah Insya Allah. Saya akan cuba.

Selepas beberapa hari kemudian, 2 hari saya tak dapat belajar dan setiap kali selepas solat saya asyik menangis kerana memikirkan tanggungjawab yang diberikan. Hati saya tak tenang. Mampukah saya. Selepas berfikir dan mohon petunjuk dari Allah saya berkeputusan untuk melepaskan amanah ini. Dan selepas itu barulah saya lega sedikit. Walau bagaimana pun saya berkesempatan untuk handle usrah pertama.

Hari pertama handle usrah sangat berdebar. Walaupun ia hanyalah sesi taaruf. Seriusly saya seronok kerana mendapat kerjasama daripada ahli. Semuanya adik2 tahun 1. Teringat kata2 Imam Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dikalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Sesungguhnya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. Hakikatnya itu adalah usrah pertama dan terakhir saya sebagai naqibah kerana saya tak boleh untuk meneruskan tanggungjawab ini.

Alasannya saya rasa diri saya tak layak. Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki dan tambah. Saya juga risau jika perkara ini menggangu pelajaran saya. Tetapi sebenarnya itu bukan alasan yang konkrit untuk saya melepaskan tanggungjawab itu. Allah memilih saya mesti ada sebab. Bak kata kawan saya, 'walaupun cahaya rasa tidak cukup ilmu, tapi cahaya ada kelebihan lain. Mungkin dalam menyampaikan atau apa2 saja'.

Tidak ada orang yang sempurna ilmunya kerana ilmu Allah sangat banyak dan tidak akan habis untuk dipelajari. Walaupun ilmu tak banyak tapi gunakan peluang ini untuk menambah ilmu kerana kita akan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ada seorang senior pernah beritahu bahawa amanah yang kita dapat kita mesti ambil kerana itu dari Allah.

Apabila jadi naqibah saya takut pelajaran saya terganggu kerana saya akan ada 2 usrah. Yang untuk saya sampaikan kepada adik2 dan usrah untuk saya menerima ilmu. Tapi sedarlah bahawa jika kita menolong agama Allah pasti Allah akan menolong kita semula. Saya sedar inilah peluang terbaik untuk saya menyampaikan dakwah atau ilmu. Tetapi saya telah melepaskan peluang yang Allah bagi.

Saya jadi naqibah atau pun tidak, tanggnungjawab untuk berdakwah tetap terpikul untuk semua orang. Amanah sebagai naqibah hanyalah pemudah cara untuk saya berdakwah. Saya tak boleh menyesal dengan keputusan yang telah saya buat kerana keputusan itu juga datangnya daripada Allah. Semoga ini yang terbaik selepas saya meminta petunjuk daripada Allah.

Entri sejauh mana persipan saya untuk menjadi daie adalah rentetan daripada penolakan saya untuk menjadi naqibah.

Wallahua'lam..

Aidil Adha Di Perantauan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih maha Penyayang

Sangat lama saya tidak update blog. Dan dari situ baru saya tahu bahawa saya bukan seorang blogger. Tapi kenapa masih teruskan lagi dengan blog ini? Kerana kat sini saya nak kongsi pengalaman saya dan juga ilmu walaupun ilmu saya tidak banyak. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk menyampaikan ilmu. hadis nabi ada menyebut "sampaikanlah walaupun satu ayat".

Aidil Adha dah lama berlama. Kali ke2 beraya di Mesir. Pagi raya saya dan ahli bait pergi solat raya. Tahun lepas kami solat di stadium universiti tetapi tahun ini hanya solat di masjid berdekatan dengan rumah. Tahun ini sambutan sangat meriah kerana persatuan disini buat korban. 9 ekor kambing telah dikorbankan. Pengalaman paling seronok, malam raya gotong-royang dengan ahli bait memasak nasi dagang. Lepas itu, tolong persatuan merewang untuk memasak daging korban. Malamnya ada majlis makan. Sangat seronok. Walau bagaimanapun, rindu kat Malaysia tetap ada. Sedih kerana pada pagi raya tidak dapat cium tangan mak dan ayah.
Inilah juadah kami dipagi raya..Nasi dagang..:)



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. 


 Nabi Ibrahim telah meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah wadi gersang bernama Bakkah/Makkah. Dia yang sebenarnya amat sayangkan isteri dan anaknya, terpaksa meninggalkan mereka di tanah gersang itu atas perintah Allah SWT.
Itu sendiri, satu pengorbanan.
Kemudian, Nabi Ibrahim pulang ke tempatnya, yakni Palestin. Jauh jarak mereka terpisah. Dan Nabi Ibrahim tidak bersama Nabi Ismail melihat tumbesarannya.
Satu hari, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Awalnya, dia menyangka itu mainan syaitan. Namun selepas mimpi itu berulang beberapa kali, maka dia yakin bahawa itu daripada Allah SWT. Isyarat bahawa itu adalah satu perintah.
Maka bergeraklah Nabi Ibrahim merentas sahara untuk menunaikan perintah Allah SWT, menyembelih anaknya.
Untuk merentas sahara, menempuh perjalanan berhari-hari, hanya untuk menjunjung satu perintah yang mengorbankan ahli keluarganya yang amat jarang dijumpai lagi disayangi, itu juga merupakan satu pengorbanan.
Ketika dia bertemu dengan Nabi Ismail yang ketika itu sudah membesar, dia bertanya kepada anaknya itu akan mimpinya. Jawapan Nabi Ismail adalah:
Wahai ayahku, jika itu apa yang Allah suruh, maka laksanakanlah tanpa ragu-ragu
Nabi Ismail menerima dengan lapang dada, malah menggesa ayahnya agar tidak ragu-ragu langsung dengan perintah Allah SWT. Siti Hajar pula, tidak membentak Nabi Ibrahim dengan menyatakan suaminya itu gila, tidak berhati perut dan sebagainya. Malah Siti Hajar melepaskan Nabi Ismail dengan rela hati. Sedangkan, dialah yang membesarkan, menyusukan, Nabi Ismail As.
Di situ, satu pengorbanan kita lihat di sisi Siti Hajar.
Maka Nabi Ibrahim tambah membulat tekad, membawa anaknya ke tempat penyembelihan. Diriwayatkan bahawa Nabi Ismail siap menyuruh bapanya itu mengikatnya agar dia tidak menyukarkan pekerjaan bapanya.
Ini juga, satu pengorbanan di sisi Nabi Ismail. Rela hati, menjunjung perintah Allah SWT.
Nabi Ibrahim melaksanakan tugasan itu dengan teguh hati. Pisau yang tajam dileretkan pada leher anaknya. Yang ajaibnya, pisau itu tidak lut. Diasahnya semula lalu dilakukan sekali lagi. Juga tidak lut. Begitulah berkali-kali, hingga Jibril As menurunkan Qibasy dari langit menggantikan Ismail.
Keteguhan Nabi Ibrahim, tindakannya mengasah dan mencuba berulang kali, satu lagi bentuk pengorbanan.
Dan keluarga Ibrahim seluruhnya, telah membuktikan keimanan mereka dengan berjaya melalui ujian maha hebat ini.
“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.


Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Kalau zaman kecil2 dulu, fahaman tentang hari raya aidiladha mesti ada sembelihan dan makan-makan. Tapi hakikatnya ia lebih daripada itu. Ada kisah disebalik itu yang perlu kita hayati dan ambil pengajaran daripadanya.
p/s: Cerita di atas saya copy paste je kerana kekangan masa untuk olah sendiri dan saya tidak tahu cerita itu secara detail.
Wallahua'lam..