26 August 2011

Senario Fikah Perubatan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Entri yang lepas saya berkongsi tentang fiqh dakwah dalam perubatan dan kesihatan. Hari ini masih lagi sambungan daripada ilmu yang saya dapat pada simposium yang dihadiri dahulu. Sebenarnya dah lama saya taip entri ini tetapi hari ini saya dengan TAK sengaja TERdelete apa yang telah saya taip dan terpaksa menulis semula. So saya akan straight to the point tanpa muqaddimah. Penceramah untuk tajuk ini adalah Dr. Rosediani Muhammad (Pakar di HUSM).

Asas Fikah Perubatan

1)Berdiri atas prinsip umum 

Fikah perubatan sama seperti hukum2 fikah yang lain. Fikah ini mbersumberkan Al-Quran dan hadis. Secara umum, Quran dan hadis meletakkan 3 prinsip dalam perubatan iaitu:

  • Umat Islam dibenarkan berubat.
  • Kaedah menyubati pesakit mestilah tidak bertentangan dengan prinsip2 yang telah ditetapkan oleh Islam.
  • Kuasa menyembuh segala penyakit adalah hak mutlak Allah s.w.t Manusia hanya perlu beriktiar mengubati penyakit.
2)Berubat asalnya harus

Apa sahaja kaedah perubatan yang dilakukan manusia asalnya adalah harus. Namun begitu ia perlu disandarkan kepada syariat. Banyak kaedah perubatan yang diharamkan dalam Islam malah membawa kepada syirik seperti menggunakan tangkal @ azimat, dan berubat menggunakan bantuan jin. Manakala perkara yang diharamkan pula seperti menggunakan anggota binatang yang diharamkan memakannya ataupun mengambil arak sebagai ubat.

Dalam menentukan hukum dalam melakukan sesuatu prosedur perubatan dan rawatan pula, ulama mendapatkan bantuan dan penjelasan yang terperinci daripada pakar2 perubatn sebelum membuat fatwa. 

3)Mengambil kira sebab dan maslahat

Ibadat dalam Islam bersifat tunduk dan patuh kepada perintah Allah tanpa mengambil kira rasional ataupun tidak. Sebagai contoh melakukan solat mengikut bilangan rakaat yang difardhukan. Ini tetap dilakukan walaupun tiada penjelasan keatas bilangan rakaat yang dilakukan. Berbeza dengan perubatan dalam Islam yang mengambil kira rasional serta berdasarkan kepada sebab dan maslahat@kepentingan yang dapat difahami oleh mukalaf. 

Penjagaan kesihatan penting bagi menghindarkan kesulitan daripada menimpa manusia. Ini kerana Islam turut memberi keselesaan kepada umatnya. 

Ulama menggubal kaedah2 fikah dalam menghadapi masalah yang baru timbul. Kaedah2 fikah tidak terhad kepada hukum hakam ibadat sahaja tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan keseluruhannya. Oleh sebab itu fikah perubatan juga tidak terlepas daripada menggunakan kaedah ini. Terdapat banyak kaedah fikah yang disusun oleh para ulama. Tetapi hanya 5 kaedah sahaja yang masyur dan menjadi ibu kepada segala kaedah fikah yang lain. 

i) Setiap perkara bergantung kepada tujuannya. 
Contohnya seorang doktor tersilap memberi suntikan ubat penahan sakit (opiod) dengan dos yang tinggi kepada pesakit yang mempunyai masalah pernafasa. Akibatnya ia memudaratkan pesakit itu. Melalui kaedah ini, dioktor itu tidak bersalah kerana niatnya adalah mengubati pesakit, melegakan kesakitan yang dialaminya dan membantu pesakit untuk tidur dengan lena. Kecuaian dalam mencairkan ubat itu atau salah faham kepada arahan yang diberikan kepada jururawat itu dikira kesalahan pada hukun duniawi sahaja dan berkemungkinan disaman oleh pesakit. 

Keadah ini sebaiknya dibantu dengan kaedah:

Keharusan syarak menafikan bayaran ganti rugi.

Contoh masalah perubatan adalah,
Doktor yang mahir dalam bidangnya tidak perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang tidak disengajakan. Ini disebabkan beliau memang mahir dalam selok-belok asas kedoktoran.

ii)Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka.

Ertinya apabila berlaku perkara atau keadaan yang menyakinkan kemudian dengan tiba2 timbul syak, perkara awal yang diyakini itulah yang diambil kira sebagai perkara sebenar. Sehinggalah orang itu benar2 yakin sebab yang menghilangkannya.

Ada beberapa kaedah yang lahir dari kaedah diatas iaitu,
*Asal masalah adalah kekalnya perkara diatas keadaannya yang asal.

Maksud kaedah ini adalah perlu dikekalkan keadaan yang sedia ada pada mana2 waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah nyata keadaan itu bertukar kepada keadaan yang lain. 

Contohnya, Orang yang berwuduk dengan yakin tetapi tiba2 meragui wuduknya terbatal ataupun tidak, dia dianggap masih dalam keadaan suci. Selagi tidak nyata keadaan yang menbatalkan wuduk seperti keluar bau atau bunyi maka perasaan was2 seseorang tidak merosakkan keadaan asalnya yang sah berwuduk.

*Pada asalnya perkara2 yang baru muncul itu tidak ada

Contoh: Orang mendakwa memakan makanan orang lain sambil berkata, " Saya diizinkan memakannya," sedangkan tuan punya makanan itu menafikannya. Maka penafian tuan punya makanan itu yang diterima. Ini kerana Ini kerana keizinan itu adalah perkara yang mendatang, sedangkan harta itu adalah harta orang yang haram diambil tanpa izin. 

*Asalnya setiap orang bebas daripada tanggungjawab dan tidak terikat dengan mana2 hak. 

Contoh: Orang yang mendakwa orang lain berhutang dengannya, dia mesti membuktikan bahawa dakwaan itu  apabila orang yang didakwa menafikannya. Ini kerana awalnya orang yang didakwa tidak mempunyai tanggungan hutang melainkan terbukti sebaliknya. 

*Asal masalah yang baru berlaku itu perlu dianggarkan berlaku pada waktu yang hampir

Contoh: Orang melihat najis pada kainnya sedangkan dia telah menunaikan solat dengan kain itu beberapa waktu dan tidak tahu waktu kain itu terkena najis. Oleh sebab itu dia perlu mengulangi solat bermula daripada hadas terakhir yang dia berhadas. 

*Asal setiap sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan keharamannya
Contoh: Tumbuhan yang kita tidak ketahui namanya boleh dimakan atau dibuat ubat. Pada asalnya hukumnya adalah harus sehinggalah didapati tumbuhan itu berbahaya pada kesihatan seperti pokok ganja. Maka haram dimakan. 

*Tidak boleh dikira syak (dalam perkara) yang telah nyata salahnya.
Contoh: orang itu bersolat dengan sangkaan dia sudah bersuci. Kemudian ternyata dia berhadas, maka solat itu tidak sah dan wajib diulangi dengan berwuduk semula. 

iii) Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan 

Beberapa kaedah muncul daripada kaedah ini:

*Suatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.
*Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan sempit.

Maksud kaedah diatas apabila seseorang itu ditimpa keadaan yang menyulitkan, sekiranya beramal dengan hukum asal yang disyarakkan, maka Islam memberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selama darurat itu masih ada. Inilah yang dimsudkan dengan "apabila perkara itu sempit ia menjadi luas". Selepas hilang darurat itu, ia perlu kembali kepada hukum asal sebagaimana disyarakkan. Inilah yang dimaksudkan "sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan sempit".

Contoh masalah:
a)Harus menunaikan solat duduk sekiranya berdiri menimbulkan kemudaratan kepada pesakit itu. 
b)Harus bertayammun untuk pesakait yang tidak manpu menggunakan air. 
c)Gugur kewajipan berpuasa keatas orang yang sakit, mengandung atau menyusukan bayinya, apabila tidak mampu berbuat demikian.

iv)Kemudaratan hendaklah dihilangkan

Maksudnya, kemudaratan apabila yakin akan berlaku kemudaratan hendaklah dihindari

Beberapa kaedah terbit daripadadiatas:

*Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan dan dilarang memudaratkan orang lain.

Maksudnya dilarang memudaratkan diri sendiri dan kepada orang lain. Jangan melakukan perkara yang berguna kepada diri sendiri tetapi memudaratkan orang lain. 

Antara contoh:
a)Doktor melakukan pembedahan elektif bagi mengeluarkan anak dengan alasan hendak cepat, bilik ber
salin terlalu sesak atau tidak mahu pesakit merasa kesakitan ketika bersalin. Sedangkan si ibu boleh melahirkan anak secara normal. Walaupun melakukan pembedahan menyenangkan tugas doktor, perkara ini memudaratkan pesakit berbanding bersalin secara normal.

b)Ditegah mendermakan organ2 yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya sendiri pada masa akan datang.

* Darurat mengharuskan yang dilarang

Setiap perkara yang dilarang syarak boleh bertukar harus semasa darurat. Perkara ini dinamakan rukhsah.

Antara contoh:
a)Harus menakan babi ketika terdesak iaitu ketika tiada makanan lain bertujuan menjaga nyawa.

b)Harus mengikat rahim sebagai pencegah kehamialan apabila kehamilan boleh membahayakan nyawa perempuan itu.

c)Harus mendedahkan aurat dalam keadaan darurat rawatan.

*Perkara yang dibolehkan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja.

Contoh:
a)Doktor hanya boleh memandang aurat wanita sekadar keprihatian dan tempat2 yang perlu untuk tujuan rawatan sahaja.

b)Tidak harus untuk wanita mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki sedangkan terdapat doktor wanita yang dapat merawatnya.

c)Pesakit tidak harus dibedah apbila rawatan biasa didapati masih berkesan dan kurang mendatangkan risiko kepadanya seperti pesakit yang mengalami sakit sendi lutut (osteoartritis) pada peringkat awal. Tidak perlu dilakukan pembedahan bagi menukar sendi itu kerana masih mampu bertahan dengan ubat2 penahan sakit.

d)Ibu yang boleh bersalin secara normal tidak perlu dibedah. Ibu hamil juga dilarang memilih melakukan pembedahan semata mata kerana memilih tarikh khusus untuk melahirkan bayinya.

*Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan melakukan kemudaratan yang seumpama dengannya ataupun  yang lebih besar daripadanya. 

Maksudnya kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih kecil tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya atau lebih besar daripadanya.

Antara contoh:

a)Orang yang dalam kesakitan tetapi tidak mempunyai ubat penahan sakit bagi dimakan kecuali dengan memohon ubat kepunyaan orang lainyang juga perlukan ubat itu. Dia tidak boleh mengambil ubat itu bagi menghilangkan kesakitan pada dirinya.

b)Tidak harus melakukan pembedahan apabila menurut sangkaan yang kuat pembedahan itu tidak akan berjaya.

c)Tidak harus memberi apa2 ubat kepada pesakit, apabila kesan sampingannya nyata lebih memudaratkan pesakit.

d)Tidak harus mengambil ubat gantian hormon, sekiranya penggunaannya itu meninggikan lagi risikonya untuk mendapat penyakit lain.

*Kemudaratan yang lebih besar hendaklah dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan.

Maksudnya apabila bertembung antara kemudaratan hendaklah memilih melakukan kemudaratan yang lebih ringan.

Antara contoh:

a) Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.

b)Harus menggunakan ubat yang ada dadah  yang berbahaya seperti morfin sekiranya penggunaan itu dijangkakan oleh pakar perubatan dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

c)Harus memotong organ contohnya mengerat kaki yang rosak akibat diabetes yang tidak terkawal sekiranya dengan membiarkannya mendatangkan kemudaratan kepada organ2 yang lain.

*Kemudaratan hendaklah dibendung setakat yang termampu.

a)Perlu mengambil langkah pencegahan dan melakukan saringan penyakit bagi menjaga kesihatan sebelum orang itu benar2 ditimpa penyakit.

b)Harus menggugurkan janin apabial kandungan itu memudaratkan kesihatan ibu.

c)Harus memotong anggota yang berpenyakit apabila diyakini boleh merebak dan merosakkan organ lain.

*Menolak kerosakkan diutamakan dari mengambil kebaikan. 

a)Doktor yang kurang mahir ditegah melakukan pembedahan. Kebaikannya mungkin doktor mendapat pengalaman. Manakala keburukannya, akan memudaratkan pesakit. Maka, apabila doktor itu ingin melakukan juga, pengawasan dan tunjuk ajar di bawah doktor pakar diperlukan.

b)Doktor lelaki ditegah berdua-duaan dengan jururawat perempuan di dalam satu bilik semasa ketiadaan pesakit.

*Melakukan mafsadah (keburukan) yang kecil dibolehkan demi mendapatkan maslahat (kebaikkan) yang besar.

Contohnya:

Rawatan dengan menggunakan kornea orang mati kepada yang masih hidup adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Islam mewajibkan tubuh badan manusia yang meninggal dunia ditaman lengkap bersama anggota badannya termasuk organ2. Namun ada kemungkinan memandangkan belum terdapat kaedah rawatan lain yang berkesan, sedangkan penyakit buta adalah beban yang berat  yang perlu ditanggung oleh orang yang menghadapinya. Islam memberikan keringanan dalam situasi ini.

*Melakukan mafsadah bersifat sementara dibolehkan demi mendapatkan maslahat yang bersifat abadi.

Contoh:
Harus memindahkan organ daripada satu tempat pada badan manusia ke satu tempat yang lain, sekiranya organ yang dipindahkan itu adalah organ yang boleh tumbuh semula atau dihasilkan semula seperti darah dan kulit.

*Maslahat yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana mafsadah yang berupa angan2. 

Contoh:
Pengamal perubatan diharuskan memberi ubat kepada pesakit yang diyakini dapat mengurangkan beban kesakitannya walaupun beliau tidak arif perihal kesan sampingan yang mungkin berlaku kepada pesakit itu.

*Keadaan darurat tidak boleh membatalkan hak orang lain. 

Contoh: Giliran buat pesakit2 yang mempunyaim darurat yang sama bagi menjalani pembedahanadalah berdasarkan pendaftaran mereka. Pesakit yang awak didahulukan.  Apabila terdapat pesakit yang berdaftar bagi tujuan yang sama, pesakit itu tidak berhak mendahului pesakit pertama. Ini kerana ke2nya berhajat kepada pembedahan yang sama.  Seterusnya pengamal perubatan tidak boleh sama sekali melayan permintaan dan peranan yang dimainkan oleh orang tengah bagi mempercepatkan mana2 pesakit.

*Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan am.

Contoh:Kerajaan berhak melarang orang ramai memasuki kawasan yang terjadi wabak jangkitan penyakit berjangkit ataupun melarang masyarakat dari kawasan dilanda wabak keluar ke kawasan lain. Perkara ini bertujuan mengawak keselamatan umum.

v) Adat (uruf) diperhakimkan.

Adat ditakrifkan oleh ulama dengan "Perkara yang menjadi kebiasaan oleh manusia bagi mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi perkara yang lumrah". Adat boleh menyabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas untuk hukum yang hendak disabitkannya.

Contoh: Ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit tanpa perlu kepada penerangan yang terperinci daripada doktor seperti panadol. Pada kebiasaannya, Panadol tidak memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sekiranya pesakit itu mengalami kesan sampingan yang teruk, doktor tidak sepatutnya disaman. Panadol tidak memberi kemudaratan kepada orang yang mengambilnya pada kadar dan jangka masa yang sepatutnya.

Itu sahaja untuk perkongsian pada entri ini. Wallahua'lam.

                                         Gambar penceramah tak ada. Gambar ni pun okey kot.
                                              Gambar ini semasa majlis penutupan simposium.        



25 August 2011

Fiqh Dakwah Dalam Perubatan & Kesihatan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah, pada 19 & 20 Ogos yang lepas Allah memberi kesempatan ruang dan waktu kepada saya untuk menyertai Simposium Mahasiswa Perubatan Islam yang bertemakan Merealisasikan Doktor Muslim. Pada entri ini saya ingin berkongsi tentang fiqh dakwah dalam perubatan & kesihatan yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Sharifuddin (Pensyarah Kias), Ustaz Asri Mat Daud (Pensyarah Kias),  & Dr. Nik ROsmawati (Doktor HUSM).

Apakah fiqh dakwah? 

Fiqh adalah mengetahui dan memahami.
Dakwah adalah seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukn sesuatu.

Dakwah mesti dijadikan satu tanggungjawab yang mesti dijalankan oleh seorang muslim tak kira apa pekerjaan mereka sekali pun. Nabi sangat menghormati sesiapa yang boleh merawat orang sakit. Pada zaman sahabat, Rufaidah Al- Islamiyah ialah seorang yang mampu merawat pesakit. Jadi Nabi menyuruh sahabat membina khemah untuk dijadikan hospital di tepi masjid baginda supaya ahli jemaah masjid senang melawat orang sakit dan orang sakit senang untuk mendapat 'roh' masjid.

Pada zaman Iman Syafie, beliau berdukacita kerana sangat sedikit orang Islam menjadi pengamal perubatan dan dimonopoli oleh orang Kristian dan Yahudi. Jadi orang Kristian menggunakan jalan perubatan untuk mengkristiankan orang Islam.

Dakwah tidak semestinya daripada kalangan ulama. Bidang kedoktoran merupakan bidang yan paling luas dalam dakwah. Jadi doktor berperanan berdakwah kerana selalu bertemu dengan masyarakat.Hukum berdakwah adalah wajib dan untuk berdakwah mesti ada ilmu.

Matlamat dakwah

Katakanlah (Muhammad) "Inilah jalanKu, aku dan orang2 yang mengikutiKu mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah dan aku tidak termasuk oran2 yang musyrik." (Surah Yusuf:108)


Ayat diatas menerangkan tujuan dakwah. Kita tidak diciptakan untuk beribadat sahaja tetapi untuk berdakwah juga. Jadi persiapkan diri untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan perbaiki orang lain. Apabila berlaku sesuatu kemungkaran dan tidak ada sesiapa pun yang mengcegahnya, apabila Allah menurunkan azabNya, maka semua orang akan kena.

As-Syahid Hassan Al-Banna antara contoh tokoh dakwah yang berdakwah mengikut dasar dakwah yang benar. Beliau tidak berdakwah dimasjid sahaja kerana golongan yang ke masjid adalah mereka yang ada kesedaran. Tetapi beliau berdakwah ditempat2 yang ramai golongan muda seperti kelab2 malam, warung kopi. Jadi kita harus jelas matlamat dakwah dan sasarannya.

Bagaimana nak bagi identiti dakwah apabila bekerja sebagai doktor. 


Tugas dakwah adalah fardhu ain dan tugas sebagai doktor adalah fardhu kifayah. Jadi kita harus mengutamakan fardhu ain daripada fardhu kifayah. Di masjid rata2nya adalah golongan yang ada inesiatif untuk perbaiki diri dan jarang sangat golongan muda. Tetapi doktor adalah individu yang  selalu berjumpa dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Jadi gunakan kesempatan ini untuk menyampaikan dakwah. Untuk didik pesakit kita harus mula dari sekarang. Jangan tunggu apabila sudah menjadi doktor kerana untuk menjadi doktor muslim bukan mudah. Praktis diri supaya mampu sampaikan dakwah sesama rakan.

Mengikut pengalaman penalis, apabila bertugas di wad bersalin, beliau selalu berjumpa dengan 'single parent', bapa yang tidak tahu azankan anak dan dll.(tidak bermaksud mengaibkan pesakit.) Jadi disinilah perana doktor. Untuk mampu menjadi doktor muslim kena mulakan dengan menjadi pelajar yang berkualiti.

Kesimpulan 


Dakwah tidak ada sempadan masa, tidak kenal jantina, tempat dll. Semasa bekerja beri salam apabila berjumpa dengan patient, mulakan sesuatu pekerjaan dengan basmallah dan pesan kepada pesakit supaya banyakkan berdoa. Apabila sudah menjadi MO(medical officer) luaskan lagi aktiviti dakwah. Pasang angan2 untuk ambil specialist kerana disitu kita ada 'power' untuk jadi penentu. Walaubagaimana pun, kepada muslimat, sesibuk mana pun kita dengan tugas dakwah, jangan abaikan tanggungjawab mendidik anak2. Jangan abaikan dakwah dalam keluarga.

Apa2 yang disampaikan disisni adalah daripada apa yang saya faham dan apa yang diperkatakan oleh penalis2. Maaf atas kekurangan dan apa2 kesilapan harap saya mendapat teguran. Bertemu dilain entri untuk tajuk seterusnya.


01 August 2011

Tenggelamnya Qarun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Pada 27/8 yang lalu, saya berkesempatan mengikuti lawatan ke Fayyoum. Antara tempat yang saya lawati adalah tasik Qarun.

Cerita Qarun secara ringkas.

Qarun ialah sepupu kepada Nabi Musa. Qarun asalnya adalah seorang yang miskin dan tinggal di Fayyoum. Dia seorang yang beriman kepada Allah. Pada suatu hari Qarun meminta kepada Allah supaya diberi kekayaan. Allah menunaikan permintaan Qarun dan memberikan kekayaan kepadanya.

Qarun seorang yang terlampau kaya sehinggakan 40 orang manusia tidak manpu mengangkat kuncinya. Jadi Qarun menggunakan 60 ekor unta untuk mengangkat kuncinya.

Pada suatu masa Allah memerintahkan Nabi Musa mengutip zakat dari Qarun. Tetapi Qarun tidak mahu membayar zakat. Keadaan ini menyebabkan Qarun berasa bengan dengan Nabi Musa. Qarun telah mengupah seorang perempuan supaya mengaku telah berzina dengan Nabi Musa di khalayak ramai.

Mendengar fitnah itu, Nabi Musa hanya berdiam diri dan solat 2 rakaat. Selepas itu, Allah telah menggerakkan mulut perempuan itu untuk menberitahu perkara yang sebenar. Qarun menjadi semakin marah dan telah menbuat doa laknat untuk Nabi Musa daripada tuhannya. Nabi Musa pula berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kekuasaanNya. Allah memakbulkan doa Nabi Musa dan tenggelamlah Qarun bersama-sama harta ke dalam perut bumi.

"Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, "janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri". (Al-Qasas:76)

"Dia (Qarun) berkata, " Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku". Tidakkah dia tahu bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lagi kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang2 yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa2 mereka". (Al-Qasas:78)

"Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang2 yang dapat membela diri". (Al-Qasas:81)

Semoga mendapat iktibar daripada kisah Qarun ini.

Wallahua'lam...



Tasik Qarun..