Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Selepas keputusan final keluar, saya berfikir macam mana nak meningkatkan keputusan exam saya untuk masa yang akan datang. Tiba2 saya teringat 1 artikel yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan disini. Jadi hari ini saya nak kongsikan petua pelajar cemerlang mengikut Al-Quran. Semoga entri ini bermanfaat kepada anda dan sebagai teguran kepada diri saya juga.
1) Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah.
"Sungguh beruntung orang2 yang beriman". (Al-Mu'minun:1)
Yakin akan pertolongan Allah. Dan keyakinan inilah yang akan melahirkan sikap yang positif. Saya pernah menulis dientri Angan-anganku. Walaupaun saya rasa macam tak ada harapan nak datang ke Mesir, tapi saya tetap berdoa supaya dapat menyambung pelajaran di sini kerana yakin akan kuasa Allah.
2) Fokus, bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
"(iaitu) orang kusyuk dalam solatnya". (Al-Mu'minun:2)
Fokus sepenuhnya semasa belajar sama ada semasa dalam kuliah atau dirumah. Belajar dengan sepenuh hati bukan sambil lewa. Sebab itu pentingnya membaca doa sebelum belajar supaya Allah permudahkan ilmu sampai ke dada dan dijauhi daripada ganguan syaitan yang sentiasa menggoda manusia.
3) Prioriti, mengutamakan yang utama.
"dan orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna". (Al-Mu'minun:3)
Pada musim exam kebiasaannya kita mudah untuk stress, jadi kita cenderung untuk merehatkan minda dengan mendengar musik, menonton tv, bersembang di fb dan menyebabkan kita rehat dalam waktu yang lama. Satu kesilapan yang saya lakukan semasa musim exam ialah tidur yang berlebihan. Jadi untuk masa yang akan datang saya akan gunakan masa rehat saya dengan perkara2 yang lebih bermanfaat. Walaubagaimana pun, tidur juga penting untuk kesegaran otak supaya mudah untuk menghafal tetapi jangan berlebih-lebihan. Seperti dalam artikel yang saya dapat, penulis menyarankan supaya masa rehat kita diisi dengan perkara yang bermanfaat seperti solat sunat 2 rakaat dan membaca Al-Quran. Insya Allah apabila kita rapat dengan Allah, jiwa akan tenang dan akan banyak menbantu kita untuk mengulang kaji pelajaran.
4) Prihatin sesama kita.
"dan orang yang menunaikan zakat". (al-Mu'minun:4)
Apabila tiba musim exam, semua orang sibuk dengan belajar sampai mengaibaikan kawan2 yang susah. kongsilah apa2 yang termanpu seperti kertas soalan tahun lepas dan lain2. Bagi sesipa yang tinggal dirumah sewa, jangan lupa membantu kawan2 mengemas rumah dan menguruskan barang dapur kerana kawan kita juga pelajar seperti kita.
5) Jaga hubungan lelaki dan perempuan.
"dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahayayang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barang sesiapa yang mencari dibalik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas". (Al-Mukminun:5,6,7)
Jangan jadikan belajar sebagai alasan untuk kita tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Contohnya belajar berdua-duaan, bercakap bercakap ditelefon untuk meringankan tekanan dan lain2. Allah sentiasa ada dengan kita dan minta kepada Allah. Sama juga dengan menjaga hubungan dengan kawan2 sejantina, iaitu menjaga pereasaan mereka.
6) Jujur dan amanah.
"Dan beruntunglah orang2 yang menjaga amanat2 dan janjinya". (Al-Mukminun:8)
Tugas kita sebagai pelajar adalah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Mak dan ayah menghantar kita ke sekolah atau universiti untuk belajar. Tetapi apa yang lebih penting adalah tugas yang Allah amanahkan kepada kita iaitu sebagai khalifah. Jadi, sebagai khalifah, ilmu sanagt penting.
7) Tepati waktu.
"serta orang yang memelihara solatnya". (Al-Mukminun:9)
Sentiasalah berdisiplin ketika belajar, tidak berlengah-lengah dan menepati masa belajar yang telah anda tetapkan. Ayat ini sebagai teguran kepada diri saya sendiri kerana semasa musim panas, saya tak update jadual belajar saya dengan waktu tidur dan waktu solat yang baru. Keadaan ini menyebabkan saya tidur dan bangun sesuka hati yang saya mahu. Semoga saya tidak mengulangi kesilapan ini pada masa akan datang.
Namun, janganlah kita hanya aplikasikan ayat2 Al-Quran diatas semasa belajar sahaja. Penekanan ayat ini supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali kepadaNya suatu hari nanti. Belajar hanyalah alat untuk mencapai redhaNya dan merebut peluang untuk mewarisi FirdausNya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." (Al-Mukminun:10,11)