29 July 2011

Terima dan Redha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakkan 2 nikmat terbasar kepada saya iaitu nikmat nyawa dan iman.. Hampir setahun saya tidak post entri baru di blog.  Tetapi saya masih lagi menulis coretan hidupku disini cuma tak semua benda saya boleh publish. Selepas exam pulak saya sibuk dengan program jaulah ke Keherah dan Fayyoum. Untuk entri seterusnya saya akan ceritakan tentang jaulah saya ke Kaherah dan Fayyoum. Inaya Allah.

Pada 26/7 yang lepas keputusan final exam untuk 1st year saya diumumkan. Tidak semestinya apa yang kita inginkan kita akan dapat. Allah tidak bagi apa yang kita inginkan tetapi Dia akan bagi apa yang kita perlukan. Itulah cinta Allah kepada hambanya. Tidak akan dibiarkan lalai dengan kesenangan yang sementara.

Keputusan exam ditahap yang cukup untuk gembira Tetapi manusia tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia dapat. Kegagalan yang kecil menyebabkan air mata tanpa segan silu keluar dari tubir mata. Lepas fikir2 balik, benda kecil macam ni pun nak menangis. Jika mahu bergelar daie sedangkan ujian yang sedikit ini pun tak mampu nak hadapi, macam mana nak bawa risalah dakwah nanti. Ya Allah ampunkan dosaku.

Apa2 keputusannya pun, Allah dah tentukan itu adalah yang terbaik. Kegagalan kecil ini mungkin salah sendiri. Sikapkah?  Tepuk dada tanya iman.

Usaha tak sehebat mana tapi mengharapkan kejayaan setinggi gunung. Teringat firman Allah, "Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Al-Asr:1-3). Hargailah masa kerana masa sentiasa lari daripada kita. Gunalah masa sebaiknya kerana masa tidak akan berpatah balik kepada kita.

Ambillah apa yang berlaku dari sudut yang positif. Jadikan yang lepas sebagai pengajaran. Tingkatkan usaha. Usaha dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa, dalam membaiki akhlak dan dalam pelajaran. "Ya Allah, berikan aku kejayaan yang mumtaz, mumtaz sebagai hambuMu, mumtaz dalam akhlak dan mumtaz dalam pelajaran".

Kejayaan bukan daripada usaha semata tapi pada keberkatan. Usaha adalah perkara kedua. Bukan bermaksud nak menafi titik peluh kita, tapi kita ada Allah yang menentukan segalanya. Walaubagaimana pun, Allah sentiasa bersama orang yang berusaha. Dan jangan sesekali putus asa kepada Allah.

Walaubagaimana pun, terima kasih Ya Allah atas keputusan exam yang Kau berikan kepadaku. Saya bersyukur dengan apa yang saya dapat. Alhamdulillah kerana lulus semua kertas dan dapat naik tahun. Yang lepas biarkan berlalu, yang akan datang tak perlu untuk fikir dan gunalah masa sekarang sebaiknya. 

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment