08 December 2011

Permata yang Dicari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Selawat dan salam diucapkan kepada jungjungan besar Nabi SAW.

Dari tahun lepas saya merancang nak 'talaqqi' dengan syeikh arab. Tapi hajat tak kesempatan disebabkan faktor jarak yang jauh antara kaherah dan zagazig. Di zagazig susah nak cari syeikh. Bukan susah tapi tak tahu nak rujuk siapa. Kat sini pelajar agama tak ramai kalau nak dibandingkan dengan kaherah dan pusat talaqqi di kaherah kerana kat sana ada masjid azhar, masjid imam syafie dan banyak lagi tempat yang boleh nak cari syeikh.

Apabila masuk tahun 2 keinginan makin tekad kerana dah setahun tak berguru dan baca quran dengan 'tok guru'. Saya ada kenal seorang kawan arab dan kami agak rapat. Suatu hari saya minta tolong dia carikan syeikh untuk saya belajar quran. dan alhamdulillah dia perkenalkan saya dengan seorang syeikhah. Syeikhah Nabilah namanya tapi dia suruh panggil 'khaltu Nabilah'. Kalau terjemah dalam bahasa melayu lebih kurang mak cik Nabilah.

Alhamdulillah sangat2 sebab Allah pertemukan saya dengan khaltu nabilah. Tengok dia membuatkan saya teringat kat Mak Cik Noh iaitu tok guru ngaji saya sebelum datang mesir. Saya ingat apa yang Mak Cik Noh pernah pesan. Pergi Mesir sambung belajar quran kat sana pulak dan balik nanti ajar dia pulak. Ya Allah besarnya harapan Mak Cik Noh. Insya Allah. Saya akan gunakan segala peluang yang ada kat sini.

Mesir sekarang sedang mengadakan pilihan raya untuk jawatan kabinet. Setiap petang jalan raya mesti sesak. Dah 2 hari pergi jumpa Khaltu nabilah dengan jalan kaki kerana nak kejar masa. Saya jalan kaki boleh sampai dulu daripada bas apabila jalan sesak. Jarak dari universiti ke masjid saya belajar quran bukannya jauh sangat. Ambil masa 15- 20 minit kalau jalan kaki. Kelas paling lewat habis pukul 3.30ptg. Pukul 5 dah magrib dan memang kena cepat sebab perlu sampai rumah sebelum magrib. Lagi rasa berkejar apabila hari itu turn saya untuk masak dan kami biasanya makan sebelum magrib.

ni masjid imam syafie

ni masjid husin

masjid ni lupa nama dia
Semua itu tak mematahkan semangat saya sebab perkara remeh je. Dalam nak buat sesuatu, perkara yang penting untuk ada ialah KEINGINAN. Dan KEINGINAN menghasilkan USAHA. Insya Allah lepas ni, Khaltu nabilah akan ajar tafsir Quran. Ya Allah permudahkanlah. Belajar medik tak boleh tak study walaupun 1 hari. Nanti tak terkejar. Dalam 1 hari banyak benda baru yang belajar diuniversiti dan perlu faham dan hafal pada hari itu juga. Saya kena bahagikan masa antara nak hafal fakta medik dan nak hafal quran. Tapi khaltu nabilah tak marah kalau tak sempat hafal. Nanti saya kena luangkan lagi masa 2 jam untuk belajar bahasa Arab pulak. Semoga pelajar saya tak tercicir.

Insya Allah masa yang Allah bagi selama 24 jam cukup untuk buat semua benda itu. Asalkan pandai guna dan hargailah masa yang ada. Gunakan masa itu untuk mencari permata2 yang tertimbus dalam pasir2 di mesir ini. Saya tak nak balik kerja di Malaysia hanya sebagai graduan biasa. Saya nak kutip semua ilmu yang ada selagi mampu.  Syukur Ya Allah atas pertemuaanku dengan khaltu nabilah dan permudahkanlah.. Amin.

Wallahua'lam...


03 December 2011

Amanah Itu Daripada Allah

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Maha Penyayang

Dulu, semasa 1st year saya tidak suka apabila senarai nama kumpulan usrah daripada Persatuan Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) telah keluar. Saya cakap kat diri sendiri 'aku tak nak pergi usrah ni, orang lain tak boleh paksa aku'. Pada masa itu, saya sangat (100x) tak suka. Saya rasa geram kerana apabila senarai nama keluar seolah-olah mereka memaksa saya untuk pergi usrah. Saya tak nak masa belajar saya tergangu. Walau bagaimanapun, apabila naqibah beritahu ada  usrah, saya pergi juga kerana semua ahli bait saya pergi. Saya pernah ponteng usrah walaupun sekali dengan alasan ada hal. Bukan hal penting sangat pun tapi sebab malas.

Lama kelamaan apabila saya mengikuti usrah itu, saya rasa seronok. Masa 1st year, kami bincang buku 'kewajiban remaja muslim' karangan Dr Yusuf Ai-Qardhawi. Saya pernah membaca buku itu semasa SPM. Saya rasa seronok kerana dapat bagi pandangan dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Hajat untuk berkongsi tentang isi buku tadi terpaksa ditangguhkan lagi atas sebab kekangan masa. Tetapi apabila fikir balik kenapa tak sempat. Apa sangatlah kesibukan belajar yang saya hadapi jika nak dibandingkan dengan kesibukan Rasullah. Baginda lagi sibuk dan banyak tanggungjawab. Memerintah negara, menyampaikan dakwah dan masa untuk keluarga.

Apabila masuk tahun 2 silibus yang digunakan untuk usrah ialah buku maza yakni, Apa Erti Saya Menganut Islam. Suatu hari, saya dapat satu amanah yang agak besar untuk saya pikul. Apabila ditanya sanggupkah saya memikul amanah itu, saya jadi berdebar. Ya Allah, kenapa saya yang terpilih untuk menjadi naqibah. Saya tak ada ilmu. Ada lagi orang lain yang lagi layak untuk jadi naqibah. Jawapan yang mampu saya ucapkan hanyalah Insya Allah. Saya akan cuba.

Selepas beberapa hari kemudian, 2 hari saya tak dapat belajar dan setiap kali selepas solat saya asyik menangis kerana memikirkan tanggungjawab yang diberikan. Hati saya tak tenang. Mampukah saya. Selepas berfikir dan mohon petunjuk dari Allah saya berkeputusan untuk melepaskan amanah ini. Dan selepas itu barulah saya lega sedikit. Walau bagaimana pun saya berkesempatan untuk handle usrah pertama.

Hari pertama handle usrah sangat berdebar. Walaupun ia hanyalah sesi taaruf. Seriusly saya seronok kerana mendapat kerjasama daripada ahli. Semuanya adik2 tahun 1. Teringat kata2 Imam Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dikalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Sesungguhnya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. Hakikatnya itu adalah usrah pertama dan terakhir saya sebagai naqibah kerana saya tak boleh untuk meneruskan tanggungjawab ini.

Alasannya saya rasa diri saya tak layak. Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki dan tambah. Saya juga risau jika perkara ini menggangu pelajaran saya. Tetapi sebenarnya itu bukan alasan yang konkrit untuk saya melepaskan tanggungjawab itu. Allah memilih saya mesti ada sebab. Bak kata kawan saya, 'walaupun cahaya rasa tidak cukup ilmu, tapi cahaya ada kelebihan lain. Mungkin dalam menyampaikan atau apa2 saja'.

Tidak ada orang yang sempurna ilmunya kerana ilmu Allah sangat banyak dan tidak akan habis untuk dipelajari. Walaupun ilmu tak banyak tapi gunakan peluang ini untuk menambah ilmu kerana kita akan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ada seorang senior pernah beritahu bahawa amanah yang kita dapat kita mesti ambil kerana itu dari Allah.

Apabila jadi naqibah saya takut pelajaran saya terganggu kerana saya akan ada 2 usrah. Yang untuk saya sampaikan kepada adik2 dan usrah untuk saya menerima ilmu. Tapi sedarlah bahawa jika kita menolong agama Allah pasti Allah akan menolong kita semula. Saya sedar inilah peluang terbaik untuk saya menyampaikan dakwah atau ilmu. Tetapi saya telah melepaskan peluang yang Allah bagi.

Saya jadi naqibah atau pun tidak, tanggnungjawab untuk berdakwah tetap terpikul untuk semua orang. Amanah sebagai naqibah hanyalah pemudah cara untuk saya berdakwah. Saya tak boleh menyesal dengan keputusan yang telah saya buat kerana keputusan itu juga datangnya daripada Allah. Semoga ini yang terbaik selepas saya meminta petunjuk daripada Allah.

Entri sejauh mana persipan saya untuk menjadi daie adalah rentetan daripada penolakan saya untuk menjadi naqibah.

Wallahua'lam..

Aidil Adha Di Perantauan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih maha Penyayang

Sangat lama saya tidak update blog. Dan dari situ baru saya tahu bahawa saya bukan seorang blogger. Tapi kenapa masih teruskan lagi dengan blog ini? Kerana kat sini saya nak kongsi pengalaman saya dan juga ilmu walaupun ilmu saya tidak banyak. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk menyampaikan ilmu. hadis nabi ada menyebut "sampaikanlah walaupun satu ayat".

Aidil Adha dah lama berlama. Kali ke2 beraya di Mesir. Pagi raya saya dan ahli bait pergi solat raya. Tahun lepas kami solat di stadium universiti tetapi tahun ini hanya solat di masjid berdekatan dengan rumah. Tahun ini sambutan sangat meriah kerana persatuan disini buat korban. 9 ekor kambing telah dikorbankan. Pengalaman paling seronok, malam raya gotong-royang dengan ahli bait memasak nasi dagang. Lepas itu, tolong persatuan merewang untuk memasak daging korban. Malamnya ada majlis makan. Sangat seronok. Walau bagaimanapun, rindu kat Malaysia tetap ada. Sedih kerana pada pagi raya tidak dapat cium tangan mak dan ayah.
Inilah juadah kami dipagi raya..Nasi dagang..:)



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. 


 Nabi Ibrahim telah meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah wadi gersang bernama Bakkah/Makkah. Dia yang sebenarnya amat sayangkan isteri dan anaknya, terpaksa meninggalkan mereka di tanah gersang itu atas perintah Allah SWT.
Itu sendiri, satu pengorbanan.
Kemudian, Nabi Ibrahim pulang ke tempatnya, yakni Palestin. Jauh jarak mereka terpisah. Dan Nabi Ibrahim tidak bersama Nabi Ismail melihat tumbesarannya.
Satu hari, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Awalnya, dia menyangka itu mainan syaitan. Namun selepas mimpi itu berulang beberapa kali, maka dia yakin bahawa itu daripada Allah SWT. Isyarat bahawa itu adalah satu perintah.
Maka bergeraklah Nabi Ibrahim merentas sahara untuk menunaikan perintah Allah SWT, menyembelih anaknya.
Untuk merentas sahara, menempuh perjalanan berhari-hari, hanya untuk menjunjung satu perintah yang mengorbankan ahli keluarganya yang amat jarang dijumpai lagi disayangi, itu juga merupakan satu pengorbanan.
Ketika dia bertemu dengan Nabi Ismail yang ketika itu sudah membesar, dia bertanya kepada anaknya itu akan mimpinya. Jawapan Nabi Ismail adalah:
Wahai ayahku, jika itu apa yang Allah suruh, maka laksanakanlah tanpa ragu-ragu
Nabi Ismail menerima dengan lapang dada, malah menggesa ayahnya agar tidak ragu-ragu langsung dengan perintah Allah SWT. Siti Hajar pula, tidak membentak Nabi Ibrahim dengan menyatakan suaminya itu gila, tidak berhati perut dan sebagainya. Malah Siti Hajar melepaskan Nabi Ismail dengan rela hati. Sedangkan, dialah yang membesarkan, menyusukan, Nabi Ismail As.
Di situ, satu pengorbanan kita lihat di sisi Siti Hajar.
Maka Nabi Ibrahim tambah membulat tekad, membawa anaknya ke tempat penyembelihan. Diriwayatkan bahawa Nabi Ismail siap menyuruh bapanya itu mengikatnya agar dia tidak menyukarkan pekerjaan bapanya.
Ini juga, satu pengorbanan di sisi Nabi Ismail. Rela hati, menjunjung perintah Allah SWT.
Nabi Ibrahim melaksanakan tugasan itu dengan teguh hati. Pisau yang tajam dileretkan pada leher anaknya. Yang ajaibnya, pisau itu tidak lut. Diasahnya semula lalu dilakukan sekali lagi. Juga tidak lut. Begitulah berkali-kali, hingga Jibril As menurunkan Qibasy dari langit menggantikan Ismail.
Keteguhan Nabi Ibrahim, tindakannya mengasah dan mencuba berulang kali, satu lagi bentuk pengorbanan.
Dan keluarga Ibrahim seluruhnya, telah membuktikan keimanan mereka dengan berjaya melalui ujian maha hebat ini.
“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.


Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Kalau zaman kecil2 dulu, fahaman tentang hari raya aidiladha mesti ada sembelihan dan makan-makan. Tapi hakikatnya ia lebih daripada itu. Ada kisah disebalik itu yang perlu kita hayati dan ambil pengajaran daripadanya.
p/s: Cerita di atas saya copy paste je kerana kekangan masa untuk olah sendiri dan saya tidak tahu cerita itu secara detail.
Wallahua'lam..

15 October 2011

Sejauh Mana Persiapan Saya Untuk Menjadi Daie???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah, saya masih dikyaurniakan 2 nikmat besar iaitu nikmat nyawa dan iman. Saya teringat entri pertama saya Apa Peranan Aku. Saya baca balik entri yang lepas, Mesti Bermula Sekarang. Persoalan disini sejauh mana saya telah memainkan peranan saya dan sejauh mana permulaan itu dibuat?? Sejauh mana saya membuat persediaan untuk menjadi daie?? Sejauh mana saya melakukan perubahan daripada 'empty set ' kepada 'universal set'??

Saya rasa saya tak mulakan apa2 pun lagi walaupun selangkah. Walaupun Allah dah menyediakan medium untuk saya memainkan peranan saya, walaupun Allah dah bagi ruang untuk membuat permulaan, walaupun Allah dah bagi ruang untuk saya membuat persediaan untuk menjadi daie. Tapi bukankah hadis nabi ada menyebut, siapa yang menyucapkan kalimah syahadah, dia adalah daie.

Bukan baru hari ini saya ucapkan syahadah, tapi dah lama. Jadi dari dahulu lagi saya adalah daie. Tapi dulu, adakah saya lakukan tugas sebagai daie??  Emmm...dah tapi dikalangan adik beradik dan anak2 buah. Tapi sampai bila nak berada dalam ruang lingkup yang kecil tu? Bila nak besarkan sasaran?

Cahaya Kegembiraan, muhasabahlah diri sendiri. Dalam sehari berapa banyak saya menyumbang kepada Islam. Hanya saya yang tahu.

Maaf kerana entri ini lebih kepada muhasab untuk diri sendiri. Maaf kerana sedikit sahaja ilmu yang ada dalam blog ini. Maaf kerana kelemahan dalam menyampaikan ilmu. Maaf kerana hanya mampu menyampaikan ilmu yang sedikit ini di alam maya yang belum tentu orang membacanya.

Wallahua'lam..










07 October 2011

Mesti Bermula Sekarang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah saya telah selamat sampai di Mesir beberapa hari lepas setelah hampir 2 bulan pulang bercuti di Malaysia. Sekarang saya sedang melakukan persiapan masuk tahun 2. Teringat apa yang kawan saya pernah cakap. Kalau kita belajar, yang pertama semestinya kerana Allah, yang keduanya sebab nak tahu ilmu itu. Bukan sebab nak exam. Bila kita setkan minda kita kena baca buku sebab nak exam, apa yang kita baca hanya ingat masa exam sahaja. Tak salah rasanya kalau saya cakap exam oriented adalah perkara biasa dalam kalangan pelajar. May be saya juga anataranya.

Walau bagaimanapun, saya selalu ingatkan diri saya, aku mesti jadi "a good muslim doctor". Kenapa? Kerana saya sendiri inginkan doktor yang bagus untuk merawat keluarga saya. Begitu jugalah orang lain. Semasa pergi simposium dulu, saya sedar bahawa nak jadi muslim doctor bukan senang. Kenapa? Kerana kalau kita sendiri tak biasa dengan amar makruf nahi mungkar ( mengajak membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran), nasihat menasihati, dll mustahil untuk kita praktikkan apabila kerja. Semuanya kena bermula dari sekarang.

Teringat saya kata2 ustaz kat kampung saya semasa mendengar ceramahnya. "Dalam dakwah tak ada noktah even dalam rumah sekali pun. Contoh, ada sesetengah mak ayah tak tak tegur anak perempuannya yang membuka aurat dalam rumah.(tak bermaksud membuka aib mana2 pihak. Sekadar contoh). Selepas balik rumah saya terfikir panjang. Selalu teringat kata2 ustaz tu. Jadi saya mesti bermula sekarang.

 Yusuf Al-Qardhawi ada sebut 4 peranan kita: 1) Belajar dan fahami Islam dengan sebenar-benarnya. 2) Amalkan apa yang kita belajar. 3) Sebarkan dakwah. 4) Bersatu dalam menyebarkan dakwah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan. Amin..Wallahu'alam..


23 September 2011

Rezeki Dari Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Tiada apa yang dapat saya katakan selain daripada ucapan syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah dan datangnya daripada Allah. Saya ada satu cerita untuk dikongsi yang bertajuk Nabi Sulaiman dan seekor semut dan semoga mendapat manfaat.



Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut 
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t.telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan. 
Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut. 

Sekian untuk cerita Nabi Sulaiman dan seekor semut. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang kau berikan kepadaku. 

Wallahu'alam....




26 August 2011

Senario Fikah Perubatan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Entri yang lepas saya berkongsi tentang fiqh dakwah dalam perubatan dan kesihatan. Hari ini masih lagi sambungan daripada ilmu yang saya dapat pada simposium yang dihadiri dahulu. Sebenarnya dah lama saya taip entri ini tetapi hari ini saya dengan TAK sengaja TERdelete apa yang telah saya taip dan terpaksa menulis semula. So saya akan straight to the point tanpa muqaddimah. Penceramah untuk tajuk ini adalah Dr. Rosediani Muhammad (Pakar di HUSM).

Asas Fikah Perubatan

1)Berdiri atas prinsip umum 

Fikah perubatan sama seperti hukum2 fikah yang lain. Fikah ini mbersumberkan Al-Quran dan hadis. Secara umum, Quran dan hadis meletakkan 3 prinsip dalam perubatan iaitu:

  • Umat Islam dibenarkan berubat.
  • Kaedah menyubati pesakit mestilah tidak bertentangan dengan prinsip2 yang telah ditetapkan oleh Islam.
  • Kuasa menyembuh segala penyakit adalah hak mutlak Allah s.w.t Manusia hanya perlu beriktiar mengubati penyakit.
2)Berubat asalnya harus

Apa sahaja kaedah perubatan yang dilakukan manusia asalnya adalah harus. Namun begitu ia perlu disandarkan kepada syariat. Banyak kaedah perubatan yang diharamkan dalam Islam malah membawa kepada syirik seperti menggunakan tangkal @ azimat, dan berubat menggunakan bantuan jin. Manakala perkara yang diharamkan pula seperti menggunakan anggota binatang yang diharamkan memakannya ataupun mengambil arak sebagai ubat.

Dalam menentukan hukum dalam melakukan sesuatu prosedur perubatan dan rawatan pula, ulama mendapatkan bantuan dan penjelasan yang terperinci daripada pakar2 perubatn sebelum membuat fatwa. 

3)Mengambil kira sebab dan maslahat

Ibadat dalam Islam bersifat tunduk dan patuh kepada perintah Allah tanpa mengambil kira rasional ataupun tidak. Sebagai contoh melakukan solat mengikut bilangan rakaat yang difardhukan. Ini tetap dilakukan walaupun tiada penjelasan keatas bilangan rakaat yang dilakukan. Berbeza dengan perubatan dalam Islam yang mengambil kira rasional serta berdasarkan kepada sebab dan maslahat@kepentingan yang dapat difahami oleh mukalaf. 

Penjagaan kesihatan penting bagi menghindarkan kesulitan daripada menimpa manusia. Ini kerana Islam turut memberi keselesaan kepada umatnya. 

Ulama menggubal kaedah2 fikah dalam menghadapi masalah yang baru timbul. Kaedah2 fikah tidak terhad kepada hukum hakam ibadat sahaja tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan keseluruhannya. Oleh sebab itu fikah perubatan juga tidak terlepas daripada menggunakan kaedah ini. Terdapat banyak kaedah fikah yang disusun oleh para ulama. Tetapi hanya 5 kaedah sahaja yang masyur dan menjadi ibu kepada segala kaedah fikah yang lain. 

i) Setiap perkara bergantung kepada tujuannya. 
Contohnya seorang doktor tersilap memberi suntikan ubat penahan sakit (opiod) dengan dos yang tinggi kepada pesakit yang mempunyai masalah pernafasa. Akibatnya ia memudaratkan pesakit itu. Melalui kaedah ini, dioktor itu tidak bersalah kerana niatnya adalah mengubati pesakit, melegakan kesakitan yang dialaminya dan membantu pesakit untuk tidur dengan lena. Kecuaian dalam mencairkan ubat itu atau salah faham kepada arahan yang diberikan kepada jururawat itu dikira kesalahan pada hukun duniawi sahaja dan berkemungkinan disaman oleh pesakit. 

Keadah ini sebaiknya dibantu dengan kaedah:

Keharusan syarak menafikan bayaran ganti rugi.

Contoh masalah perubatan adalah,
Doktor yang mahir dalam bidangnya tidak perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang tidak disengajakan. Ini disebabkan beliau memang mahir dalam selok-belok asas kedoktoran.

ii)Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka.

Ertinya apabila berlaku perkara atau keadaan yang menyakinkan kemudian dengan tiba2 timbul syak, perkara awal yang diyakini itulah yang diambil kira sebagai perkara sebenar. Sehinggalah orang itu benar2 yakin sebab yang menghilangkannya.

Ada beberapa kaedah yang lahir dari kaedah diatas iaitu,
*Asal masalah adalah kekalnya perkara diatas keadaannya yang asal.

Maksud kaedah ini adalah perlu dikekalkan keadaan yang sedia ada pada mana2 waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah nyata keadaan itu bertukar kepada keadaan yang lain. 

Contohnya, Orang yang berwuduk dengan yakin tetapi tiba2 meragui wuduknya terbatal ataupun tidak, dia dianggap masih dalam keadaan suci. Selagi tidak nyata keadaan yang menbatalkan wuduk seperti keluar bau atau bunyi maka perasaan was2 seseorang tidak merosakkan keadaan asalnya yang sah berwuduk.

*Pada asalnya perkara2 yang baru muncul itu tidak ada

Contoh: Orang mendakwa memakan makanan orang lain sambil berkata, " Saya diizinkan memakannya," sedangkan tuan punya makanan itu menafikannya. Maka penafian tuan punya makanan itu yang diterima. Ini kerana Ini kerana keizinan itu adalah perkara yang mendatang, sedangkan harta itu adalah harta orang yang haram diambil tanpa izin. 

*Asalnya setiap orang bebas daripada tanggungjawab dan tidak terikat dengan mana2 hak. 

Contoh: Orang yang mendakwa orang lain berhutang dengannya, dia mesti membuktikan bahawa dakwaan itu  apabila orang yang didakwa menafikannya. Ini kerana awalnya orang yang didakwa tidak mempunyai tanggungan hutang melainkan terbukti sebaliknya. 

*Asal masalah yang baru berlaku itu perlu dianggarkan berlaku pada waktu yang hampir

Contoh: Orang melihat najis pada kainnya sedangkan dia telah menunaikan solat dengan kain itu beberapa waktu dan tidak tahu waktu kain itu terkena najis. Oleh sebab itu dia perlu mengulangi solat bermula daripada hadas terakhir yang dia berhadas. 

*Asal setiap sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan keharamannya
Contoh: Tumbuhan yang kita tidak ketahui namanya boleh dimakan atau dibuat ubat. Pada asalnya hukumnya adalah harus sehinggalah didapati tumbuhan itu berbahaya pada kesihatan seperti pokok ganja. Maka haram dimakan. 

*Tidak boleh dikira syak (dalam perkara) yang telah nyata salahnya.
Contoh: orang itu bersolat dengan sangkaan dia sudah bersuci. Kemudian ternyata dia berhadas, maka solat itu tidak sah dan wajib diulangi dengan berwuduk semula. 

iii) Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan 

Beberapa kaedah muncul daripada kaedah ini:

*Suatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.
*Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan sempit.

Maksud kaedah diatas apabila seseorang itu ditimpa keadaan yang menyulitkan, sekiranya beramal dengan hukum asal yang disyarakkan, maka Islam memberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selama darurat itu masih ada. Inilah yang dimsudkan dengan "apabila perkara itu sempit ia menjadi luas". Selepas hilang darurat itu, ia perlu kembali kepada hukum asal sebagaimana disyarakkan. Inilah yang dimaksudkan "sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan sempit".

Contoh masalah:
a)Harus menunaikan solat duduk sekiranya berdiri menimbulkan kemudaratan kepada pesakit itu. 
b)Harus bertayammun untuk pesakait yang tidak manpu menggunakan air. 
c)Gugur kewajipan berpuasa keatas orang yang sakit, mengandung atau menyusukan bayinya, apabila tidak mampu berbuat demikian.

iv)Kemudaratan hendaklah dihilangkan

Maksudnya, kemudaratan apabila yakin akan berlaku kemudaratan hendaklah dihindari

Beberapa kaedah terbit daripadadiatas:

*Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan dan dilarang memudaratkan orang lain.

Maksudnya dilarang memudaratkan diri sendiri dan kepada orang lain. Jangan melakukan perkara yang berguna kepada diri sendiri tetapi memudaratkan orang lain. 

Antara contoh:
a)Doktor melakukan pembedahan elektif bagi mengeluarkan anak dengan alasan hendak cepat, bilik ber
salin terlalu sesak atau tidak mahu pesakit merasa kesakitan ketika bersalin. Sedangkan si ibu boleh melahirkan anak secara normal. Walaupun melakukan pembedahan menyenangkan tugas doktor, perkara ini memudaratkan pesakit berbanding bersalin secara normal.

b)Ditegah mendermakan organ2 yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya sendiri pada masa akan datang.

* Darurat mengharuskan yang dilarang

Setiap perkara yang dilarang syarak boleh bertukar harus semasa darurat. Perkara ini dinamakan rukhsah.

Antara contoh:
a)Harus menakan babi ketika terdesak iaitu ketika tiada makanan lain bertujuan menjaga nyawa.

b)Harus mengikat rahim sebagai pencegah kehamialan apabila kehamilan boleh membahayakan nyawa perempuan itu.

c)Harus mendedahkan aurat dalam keadaan darurat rawatan.

*Perkara yang dibolehkan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja.

Contoh:
a)Doktor hanya boleh memandang aurat wanita sekadar keprihatian dan tempat2 yang perlu untuk tujuan rawatan sahaja.

b)Tidak harus untuk wanita mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki sedangkan terdapat doktor wanita yang dapat merawatnya.

c)Pesakit tidak harus dibedah apbila rawatan biasa didapati masih berkesan dan kurang mendatangkan risiko kepadanya seperti pesakit yang mengalami sakit sendi lutut (osteoartritis) pada peringkat awal. Tidak perlu dilakukan pembedahan bagi menukar sendi itu kerana masih mampu bertahan dengan ubat2 penahan sakit.

d)Ibu yang boleh bersalin secara normal tidak perlu dibedah. Ibu hamil juga dilarang memilih melakukan pembedahan semata mata kerana memilih tarikh khusus untuk melahirkan bayinya.

*Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan melakukan kemudaratan yang seumpama dengannya ataupun  yang lebih besar daripadanya. 

Maksudnya kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih kecil tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya atau lebih besar daripadanya.

Antara contoh:

a)Orang yang dalam kesakitan tetapi tidak mempunyai ubat penahan sakit bagi dimakan kecuali dengan memohon ubat kepunyaan orang lainyang juga perlukan ubat itu. Dia tidak boleh mengambil ubat itu bagi menghilangkan kesakitan pada dirinya.

b)Tidak harus melakukan pembedahan apabila menurut sangkaan yang kuat pembedahan itu tidak akan berjaya.

c)Tidak harus memberi apa2 ubat kepada pesakit, apabila kesan sampingannya nyata lebih memudaratkan pesakit.

d)Tidak harus mengambil ubat gantian hormon, sekiranya penggunaannya itu meninggikan lagi risikonya untuk mendapat penyakit lain.

*Kemudaratan yang lebih besar hendaklah dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan.

Maksudnya apabila bertembung antara kemudaratan hendaklah memilih melakukan kemudaratan yang lebih ringan.

Antara contoh:

a) Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.

b)Harus menggunakan ubat yang ada dadah  yang berbahaya seperti morfin sekiranya penggunaan itu dijangkakan oleh pakar perubatan dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

c)Harus memotong organ contohnya mengerat kaki yang rosak akibat diabetes yang tidak terkawal sekiranya dengan membiarkannya mendatangkan kemudaratan kepada organ2 yang lain.

*Kemudaratan hendaklah dibendung setakat yang termampu.

a)Perlu mengambil langkah pencegahan dan melakukan saringan penyakit bagi menjaga kesihatan sebelum orang itu benar2 ditimpa penyakit.

b)Harus menggugurkan janin apabial kandungan itu memudaratkan kesihatan ibu.

c)Harus memotong anggota yang berpenyakit apabila diyakini boleh merebak dan merosakkan organ lain.

*Menolak kerosakkan diutamakan dari mengambil kebaikan. 

a)Doktor yang kurang mahir ditegah melakukan pembedahan. Kebaikannya mungkin doktor mendapat pengalaman. Manakala keburukannya, akan memudaratkan pesakit. Maka, apabila doktor itu ingin melakukan juga, pengawasan dan tunjuk ajar di bawah doktor pakar diperlukan.

b)Doktor lelaki ditegah berdua-duaan dengan jururawat perempuan di dalam satu bilik semasa ketiadaan pesakit.

*Melakukan mafsadah (keburukan) yang kecil dibolehkan demi mendapatkan maslahat (kebaikkan) yang besar.

Contohnya:

Rawatan dengan menggunakan kornea orang mati kepada yang masih hidup adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Islam mewajibkan tubuh badan manusia yang meninggal dunia ditaman lengkap bersama anggota badannya termasuk organ2. Namun ada kemungkinan memandangkan belum terdapat kaedah rawatan lain yang berkesan, sedangkan penyakit buta adalah beban yang berat  yang perlu ditanggung oleh orang yang menghadapinya. Islam memberikan keringanan dalam situasi ini.

*Melakukan mafsadah bersifat sementara dibolehkan demi mendapatkan maslahat yang bersifat abadi.

Contoh:
Harus memindahkan organ daripada satu tempat pada badan manusia ke satu tempat yang lain, sekiranya organ yang dipindahkan itu adalah organ yang boleh tumbuh semula atau dihasilkan semula seperti darah dan kulit.

*Maslahat yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana mafsadah yang berupa angan2. 

Contoh:
Pengamal perubatan diharuskan memberi ubat kepada pesakit yang diyakini dapat mengurangkan beban kesakitannya walaupun beliau tidak arif perihal kesan sampingan yang mungkin berlaku kepada pesakit itu.

*Keadaan darurat tidak boleh membatalkan hak orang lain. 

Contoh: Giliran buat pesakit2 yang mempunyaim darurat yang sama bagi menjalani pembedahanadalah berdasarkan pendaftaran mereka. Pesakit yang awak didahulukan.  Apabila terdapat pesakit yang berdaftar bagi tujuan yang sama, pesakit itu tidak berhak mendahului pesakit pertama. Ini kerana ke2nya berhajat kepada pembedahan yang sama.  Seterusnya pengamal perubatan tidak boleh sama sekali melayan permintaan dan peranan yang dimainkan oleh orang tengah bagi mempercepatkan mana2 pesakit.

*Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan am.

Contoh:Kerajaan berhak melarang orang ramai memasuki kawasan yang terjadi wabak jangkitan penyakit berjangkit ataupun melarang masyarakat dari kawasan dilanda wabak keluar ke kawasan lain. Perkara ini bertujuan mengawak keselamatan umum.

v) Adat (uruf) diperhakimkan.

Adat ditakrifkan oleh ulama dengan "Perkara yang menjadi kebiasaan oleh manusia bagi mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi perkara yang lumrah". Adat boleh menyabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas untuk hukum yang hendak disabitkannya.

Contoh: Ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit tanpa perlu kepada penerangan yang terperinci daripada doktor seperti panadol. Pada kebiasaannya, Panadol tidak memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sekiranya pesakit itu mengalami kesan sampingan yang teruk, doktor tidak sepatutnya disaman. Panadol tidak memberi kemudaratan kepada orang yang mengambilnya pada kadar dan jangka masa yang sepatutnya.

Itu sahaja untuk perkongsian pada entri ini. Wallahua'lam.

                                         Gambar penceramah tak ada. Gambar ni pun okey kot.
                                              Gambar ini semasa majlis penutupan simposium.