03 December 2011

Amanah Itu Daripada Allah

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Maha Penyayang

Dulu, semasa 1st year saya tidak suka apabila senarai nama kumpulan usrah daripada Persatuan Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) telah keluar. Saya cakap kat diri sendiri 'aku tak nak pergi usrah ni, orang lain tak boleh paksa aku'. Pada masa itu, saya sangat (100x) tak suka. Saya rasa geram kerana apabila senarai nama keluar seolah-olah mereka memaksa saya untuk pergi usrah. Saya tak nak masa belajar saya tergangu. Walau bagaimanapun, apabila naqibah beritahu ada  usrah, saya pergi juga kerana semua ahli bait saya pergi. Saya pernah ponteng usrah walaupun sekali dengan alasan ada hal. Bukan hal penting sangat pun tapi sebab malas.

Lama kelamaan apabila saya mengikuti usrah itu, saya rasa seronok. Masa 1st year, kami bincang buku 'kewajiban remaja muslim' karangan Dr Yusuf Ai-Qardhawi. Saya pernah membaca buku itu semasa SPM. Saya rasa seronok kerana dapat bagi pandangan dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Hajat untuk berkongsi tentang isi buku tadi terpaksa ditangguhkan lagi atas sebab kekangan masa. Tetapi apabila fikir balik kenapa tak sempat. Apa sangatlah kesibukan belajar yang saya hadapi jika nak dibandingkan dengan kesibukan Rasullah. Baginda lagi sibuk dan banyak tanggungjawab. Memerintah negara, menyampaikan dakwah dan masa untuk keluarga.

Apabila masuk tahun 2 silibus yang digunakan untuk usrah ialah buku maza yakni, Apa Erti Saya Menganut Islam. Suatu hari, saya dapat satu amanah yang agak besar untuk saya pikul. Apabila ditanya sanggupkah saya memikul amanah itu, saya jadi berdebar. Ya Allah, kenapa saya yang terpilih untuk menjadi naqibah. Saya tak ada ilmu. Ada lagi orang lain yang lagi layak untuk jadi naqibah. Jawapan yang mampu saya ucapkan hanyalah Insya Allah. Saya akan cuba.

Selepas beberapa hari kemudian, 2 hari saya tak dapat belajar dan setiap kali selepas solat saya asyik menangis kerana memikirkan tanggungjawab yang diberikan. Hati saya tak tenang. Mampukah saya. Selepas berfikir dan mohon petunjuk dari Allah saya berkeputusan untuk melepaskan amanah ini. Dan selepas itu barulah saya lega sedikit. Walau bagaimana pun saya berkesempatan untuk handle usrah pertama.

Hari pertama handle usrah sangat berdebar. Walaupun ia hanyalah sesi taaruf. Seriusly saya seronok kerana mendapat kerjasama daripada ahli. Semuanya adik2 tahun 1. Teringat kata2 Imam Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dikalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Sesungguhnya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. Hakikatnya itu adalah usrah pertama dan terakhir saya sebagai naqibah kerana saya tak boleh untuk meneruskan tanggungjawab ini.

Alasannya saya rasa diri saya tak layak. Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki dan tambah. Saya juga risau jika perkara ini menggangu pelajaran saya. Tetapi sebenarnya itu bukan alasan yang konkrit untuk saya melepaskan tanggungjawab itu. Allah memilih saya mesti ada sebab. Bak kata kawan saya, 'walaupun cahaya rasa tidak cukup ilmu, tapi cahaya ada kelebihan lain. Mungkin dalam menyampaikan atau apa2 saja'.

Tidak ada orang yang sempurna ilmunya kerana ilmu Allah sangat banyak dan tidak akan habis untuk dipelajari. Walaupun ilmu tak banyak tapi gunakan peluang ini untuk menambah ilmu kerana kita akan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ada seorang senior pernah beritahu bahawa amanah yang kita dapat kita mesti ambil kerana itu dari Allah.

Apabila jadi naqibah saya takut pelajaran saya terganggu kerana saya akan ada 2 usrah. Yang untuk saya sampaikan kepada adik2 dan usrah untuk saya menerima ilmu. Tapi sedarlah bahawa jika kita menolong agama Allah pasti Allah akan menolong kita semula. Saya sedar inilah peluang terbaik untuk saya menyampaikan dakwah atau ilmu. Tetapi saya telah melepaskan peluang yang Allah bagi.

Saya jadi naqibah atau pun tidak, tanggnungjawab untuk berdakwah tetap terpikul untuk semua orang. Amanah sebagai naqibah hanyalah pemudah cara untuk saya berdakwah. Saya tak boleh menyesal dengan keputusan yang telah saya buat kerana keputusan itu juga datangnya daripada Allah. Semoga ini yang terbaik selepas saya meminta petunjuk daripada Allah.

Entri sejauh mana persipan saya untuk menjadi daie adalah rentetan daripada penolakan saya untuk menjadi naqibah.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment