Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih maha Penyayang
Sangat lama saya tidak update blog. Dan dari situ baru saya tahu bahawa saya bukan seorang blogger. Tapi kenapa masih teruskan lagi dengan blog ini? Kerana kat sini saya nak kongsi pengalaman saya dan juga ilmu walaupun ilmu saya tidak banyak. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk menyampaikan ilmu. hadis nabi ada menyebut "sampaikanlah walaupun satu ayat".
Aidil Adha dah lama berlama. Kali ke2 beraya di Mesir. Pagi raya saya dan ahli bait pergi solat raya. Tahun lepas kami solat di stadium universiti tetapi tahun ini hanya solat di masjid berdekatan dengan rumah. Tahun ini sambutan sangat meriah kerana persatuan disini buat korban. 9 ekor kambing telah dikorbankan. Pengalaman paling seronok, malam raya gotong-royang dengan ahli bait memasak nasi dagang. Lepas itu, tolong persatuan merewang untuk memasak daging korban. Malamnya ada majlis makan. Sangat seronok. Walau bagaimanapun, rindu kat Malaysia tetap ada. Sedih kerana pada pagi raya tidak dapat cium tangan mak dan ayah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Nabi Ibrahim telah meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah wadi gersang bernama Bakkah/Makkah. Dia yang sebenarnya amat sayangkan isteri dan anaknya, terpaksa meninggalkan mereka di tanah gersang itu atas perintah Allah SWT.

| Inilah juadah kami dipagi raya..Nasi dagang..:) |
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Nabi Ibrahim telah meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah wadi gersang bernama Bakkah/Makkah. Dia yang sebenarnya amat sayangkan isteri dan anaknya, terpaksa meninggalkan mereka di tanah gersang itu atas perintah Allah SWT.
Itu sendiri, satu pengorbanan.
Kemudian, Nabi Ibrahim pulang ke tempatnya, yakni Palestin. Jauh jarak mereka terpisah. Dan Nabi Ibrahim tidak bersama Nabi Ismail melihat tumbesarannya.
Satu hari, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Awalnya, dia menyangka itu mainan syaitan. Namun selepas mimpi itu berulang beberapa kali, maka dia yakin bahawa itu daripada Allah SWT. Isyarat bahawa itu adalah satu perintah.
Maka bergeraklah Nabi Ibrahim merentas sahara untuk menunaikan perintah Allah SWT, menyembelih anaknya.
Untuk merentas sahara, menempuh perjalanan berhari-hari, hanya untuk menjunjung satu perintah yang mengorbankan ahli keluarganya yang amat jarang dijumpai lagi disayangi, itu juga merupakan satu pengorbanan.
Ketika dia bertemu dengan Nabi Ismail yang ketika itu sudah membesar, dia bertanya kepada anaknya itu akan mimpinya. Jawapan Nabi Ismail adalah:
“Wahai ayahku, jika itu apa yang Allah suruh, maka laksanakanlah tanpa ragu-ragu”
Nabi Ismail menerima dengan lapang dada, malah menggesa ayahnya agar tidak ragu-ragu langsung dengan perintah Allah SWT. Siti Hajar pula, tidak membentak Nabi Ibrahim dengan menyatakan suaminya itu gila, tidak berhati perut dan sebagainya. Malah Siti Hajar melepaskan Nabi Ismail dengan rela hati. Sedangkan, dialah yang membesarkan, menyusukan, Nabi Ismail As.
Di situ, satu pengorbanan kita lihat di sisi Siti Hajar.
Maka Nabi Ibrahim tambah membulat tekad, membawa anaknya ke tempat penyembelihan. Diriwayatkan bahawa Nabi Ismail siap menyuruh bapanya itu mengikatnya agar dia tidak menyukarkan pekerjaan bapanya.
Ini juga, satu pengorbanan di sisi Nabi Ismail. Rela hati, menjunjung perintah Allah SWT.
Nabi Ibrahim melaksanakan tugasan itu dengan teguh hati. Pisau yang tajam dileretkan pada leher anaknya. Yang ajaibnya, pisau itu tidak lut. Diasahnya semula lalu dilakukan sekali lagi. Juga tidak lut. Begitulah berkali-kali, hingga Jibril As menurunkan Qibasy dari langit menggantikan Ismail.
Keteguhan Nabi Ibrahim, tindakannya mengasah dan mencuba berulang kali, satu lagi bentuk pengorbanan.
Dan keluarga Ibrahim seluruhnya, telah membuktikan keimanan mereka dengan berjaya melalui ujian maha hebat ini.
“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.
Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Kalau zaman kecil2 dulu, fahaman tentang hari raya aidiladha mesti ada sembelihan dan makan-makan. Tapi hakikatnya ia lebih daripada itu. Ada kisah disebalik itu yang perlu kita hayati dan ambil pengajaran daripadanya.
p/s: Cerita di atas saya copy paste je kerana kekangan masa untuk olah sendiri dan saya tidak tahu cerita itu secara detail.
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment