Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah saya telah selamat sampai di Mesir beberapa hari lepas setelah hampir 2 bulan pulang bercuti di Malaysia. Sekarang saya sedang melakukan persiapan masuk tahun 2. Teringat apa yang kawan saya pernah cakap. Kalau kita belajar, yang pertama semestinya kerana Allah, yang keduanya sebab nak tahu ilmu itu. Bukan sebab nak exam. Bila kita setkan minda kita kena baca buku sebab nak exam, apa yang kita baca hanya ingat masa exam sahaja. Tak salah rasanya kalau saya cakap exam oriented adalah perkara biasa dalam kalangan pelajar. May be saya juga anataranya.
Walau bagaimanapun, saya selalu ingatkan diri saya, aku mesti jadi "a good muslim doctor". Kenapa? Kerana saya sendiri inginkan doktor yang bagus untuk merawat keluarga saya. Begitu jugalah orang lain. Semasa pergi simposium dulu, saya sedar bahawa nak jadi muslim doctor bukan senang. Kenapa? Kerana kalau kita sendiri tak biasa dengan amar makruf nahi mungkar ( mengajak membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran), nasihat menasihati, dll mustahil untuk kita praktikkan apabila kerja. Semuanya kena bermula dari sekarang.
Teringat saya kata2 ustaz kat kampung saya semasa mendengar ceramahnya. "Dalam dakwah tak ada noktah even dalam rumah sekali pun. Contoh, ada sesetengah mak ayah tak tak tegur anak perempuannya yang membuka aurat dalam rumah.(tak bermaksud membuka aib mana2 pihak. Sekadar contoh). Selepas balik rumah saya terfikir panjang. Selalu teringat kata2 ustaz tu. Jadi saya mesti bermula sekarang.
Yusuf Al-Qardhawi ada sebut 4 peranan kita: 1) Belajar dan fahami Islam dengan sebenar-benarnya. 2) Amalkan apa yang kita belajar. 3) Sebarkan dakwah. 4) Bersatu dalam menyebarkan dakwah.
Semoga Allah permudahkan semua urusan. Amin..Wallahu'alam..

No comments:
Post a Comment