Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Syukur Alhamdulillah kerana aku diberikan dua nikmat terbesar iaitu nyawa dan iman. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Allah berfirman: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". (At-Tin: 4) . Sebelun ini aku tidak pernah terlintas akan persoalan kenapa Allah menciptakan manusia? Apa peranan aku sebagai manusia sebaik-baik ciptaan? Dari mana datangnya aku? Adakah aku cukup mengenali diriku sendiri? Orang yang kenal dirinya sendiri, maka dia mengenal Tuhannya.
Manusia diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya. Allah berfirman: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaku".(Az-Zariyat:56). Maksudnya aku dicipta oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya. Adakah aku sebagai hamba Nya cukup patuh dalam beribadat kepada Allah. Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah serta petunjuk kepadaku untuk menghambakan diri kepadaNya. Perkara asas yang perlu ada dalam beribadat adalah solat. Solat merupakan taing agama dan penghubung antara manusia dan Allah.
Masalah sosial dalam kalangan pemuda-pemudi sekarang berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Kes pembuangan bayi, pelacuran, mat rempit dan sebagainya merupakan perkara biasa yang melanda pemuda-pemudi sekarang. Kenapa perkara sebegini berlaku? Adakah kerana tidak berpegang dengan Al-Quran dan sunnah? Hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya. Melihatkan keadaan ini adakah aku harus berdiam diri? Adakah peranan aku hanya beribadat kepada Allah semata-mata?
Jawapannya TIDAK. Selain daripada Allah menciptakan manusia untuk beribadat kepadaNya, manusia juga diciptakan untuk menjadi khalifah iaitu menyampaikan amar makruf dan nahi mungkar. Allah berfirman: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah:30).
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah ia lebih baik dari mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang2 fasik. (Al-Imran:110)
Kesimpulan yang boleh aku buat adalah tugasku sebagai hamba Allah bukan untuk beribadat sahaja tetapi juga untuk menyebarkan amar makruf dan nahi mungkar. Nabi s.a.w telah lama wafat. Jadi siapa yang harus menyambung tugas dakwah nabi kalau bukan aku dan umat Islam sekarang. Jadi pada masa sekarang tugasku yang paling utama adalah dengan belajar bersungguh-sungguh atas maksud dakwah dan menjadi seorang doktor. Bukan doktor semata-mata tetapi doktor daie. Semoga Allah sentiasa membantuku dan memberi kekuatan dalam melaksakan tugas sebagai hambaNya. Amin...

No comments:
Post a Comment