Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah, pada 19 & 20 Ogos yang lepas Allah memberi kesempatan ruang dan waktu kepada saya untuk menyertai Simposium Mahasiswa Perubatan Islam yang bertemakan Merealisasikan Doktor Muslim. Pada entri ini saya ingin berkongsi tentang fiqh dakwah dalam perubatan & kesihatan yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Sharifuddin (Pensyarah Kias), Ustaz Asri Mat Daud (Pensyarah Kias), & Dr. Nik ROsmawati (Doktor HUSM).
Apakah fiqh dakwah?
Fiqh adalah mengetahui dan memahami.
Dakwah adalah seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukn sesuatu.
Dakwah mesti dijadikan satu tanggungjawab yang mesti dijalankan oleh seorang muslim tak kira apa pekerjaan mereka sekali pun. Nabi sangat menghormati sesiapa yang boleh merawat orang sakit. Pada zaman sahabat, Rufaidah Al- Islamiyah ialah seorang yang mampu merawat pesakit. Jadi Nabi menyuruh sahabat membina khemah untuk dijadikan hospital di tepi masjid baginda supaya ahli jemaah masjid senang melawat orang sakit dan orang sakit senang untuk mendapat 'roh' masjid.
Pada zaman Iman Syafie, beliau berdukacita kerana sangat sedikit orang Islam menjadi pengamal perubatan dan dimonopoli oleh orang Kristian dan Yahudi. Jadi orang Kristian menggunakan jalan perubatan untuk mengkristiankan orang Islam.
Dakwah tidak semestinya daripada kalangan ulama. Bidang kedoktoran merupakan bidang yan paling luas dalam dakwah. Jadi doktor berperanan berdakwah kerana selalu bertemu dengan masyarakat.Hukum berdakwah adalah wajib dan untuk berdakwah mesti ada ilmu.
Matlamat dakwah
Katakanlah (Muhammad) "Inilah jalanKu, aku dan orang2 yang mengikutiKu mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah dan aku tidak termasuk oran2 yang musyrik." (Surah Yusuf:108)
Ayat diatas menerangkan tujuan dakwah. Kita tidak diciptakan untuk beribadat sahaja tetapi untuk berdakwah juga. Jadi persiapkan diri untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan perbaiki orang lain. Apabila berlaku sesuatu kemungkaran dan tidak ada sesiapa pun yang mengcegahnya, apabila Allah menurunkan azabNya, maka semua orang akan kena.
As-Syahid Hassan Al-Banna antara contoh tokoh dakwah yang berdakwah mengikut dasar dakwah yang benar. Beliau tidak berdakwah dimasjid sahaja kerana golongan yang ke masjid adalah mereka yang ada kesedaran. Tetapi beliau berdakwah ditempat2 yang ramai golongan muda seperti kelab2 malam, warung kopi. Jadi kita harus jelas matlamat dakwah dan sasarannya.
Bagaimana nak bagi identiti dakwah apabila bekerja sebagai doktor.
Tugas dakwah adalah fardhu ain dan tugas sebagai doktor adalah fardhu kifayah. Jadi kita harus mengutamakan fardhu ain daripada fardhu kifayah. Di masjid rata2nya adalah golongan yang ada inesiatif untuk perbaiki diri dan jarang sangat golongan muda. Tetapi doktor adalah individu yang selalu berjumpa dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Jadi gunakan kesempatan ini untuk menyampaikan dakwah. Untuk didik pesakit kita harus mula dari sekarang. Jangan tunggu apabila sudah menjadi doktor kerana untuk menjadi doktor muslim bukan mudah. Praktis diri supaya mampu sampaikan dakwah sesama rakan.
Mengikut pengalaman penalis, apabila bertugas di wad bersalin, beliau selalu berjumpa dengan 'single parent', bapa yang tidak tahu azankan anak dan dll.(tidak bermaksud mengaibkan pesakit.) Jadi disinilah perana doktor. Untuk mampu menjadi doktor muslim kena mulakan dengan menjadi pelajar yang berkualiti.
Kesimpulan
Dakwah tidak ada sempadan masa, tidak kenal jantina, tempat dll. Semasa bekerja beri salam apabila berjumpa dengan patient, mulakan sesuatu pekerjaan dengan basmallah dan pesan kepada pesakit supaya banyakkan berdoa. Apabila sudah menjadi MO(medical officer) luaskan lagi aktiviti dakwah. Pasang angan2 untuk ambil specialist kerana disitu kita ada 'power' untuk jadi penentu. Walaubagaimana pun, kepada muslimat, sesibuk mana pun kita dengan tugas dakwah, jangan abaikan tanggungjawab mendidik anak2. Jangan abaikan dakwah dalam keluarga.
Apa2 yang disampaikan disisni adalah daripada apa yang saya faham dan apa yang diperkatakan oleh penalis2. Maaf atas kekurangan dan apa2 kesilapan harap saya mendapat teguran. Bertemu dilain entri untuk tajuk seterusnya.

No comments:
Post a Comment