01 August 2011

Tenggelamnya Qarun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Pada 27/8 yang lalu, saya berkesempatan mengikuti lawatan ke Fayyoum. Antara tempat yang saya lawati adalah tasik Qarun.

Cerita Qarun secara ringkas.

Qarun ialah sepupu kepada Nabi Musa. Qarun asalnya adalah seorang yang miskin dan tinggal di Fayyoum. Dia seorang yang beriman kepada Allah. Pada suatu hari Qarun meminta kepada Allah supaya diberi kekayaan. Allah menunaikan permintaan Qarun dan memberikan kekayaan kepadanya.

Qarun seorang yang terlampau kaya sehinggakan 40 orang manusia tidak manpu mengangkat kuncinya. Jadi Qarun menggunakan 60 ekor unta untuk mengangkat kuncinya.

Pada suatu masa Allah memerintahkan Nabi Musa mengutip zakat dari Qarun. Tetapi Qarun tidak mahu membayar zakat. Keadaan ini menyebabkan Qarun berasa bengan dengan Nabi Musa. Qarun telah mengupah seorang perempuan supaya mengaku telah berzina dengan Nabi Musa di khalayak ramai.

Mendengar fitnah itu, Nabi Musa hanya berdiam diri dan solat 2 rakaat. Selepas itu, Allah telah menggerakkan mulut perempuan itu untuk menberitahu perkara yang sebenar. Qarun menjadi semakin marah dan telah menbuat doa laknat untuk Nabi Musa daripada tuhannya. Nabi Musa pula berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kekuasaanNya. Allah memakbulkan doa Nabi Musa dan tenggelamlah Qarun bersama-sama harta ke dalam perut bumi.

"Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, "janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri". (Al-Qasas:76)

"Dia (Qarun) berkata, " Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku". Tidakkah dia tahu bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lagi kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang2 yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa2 mereka". (Al-Qasas:78)

"Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang2 yang dapat membela diri". (Al-Qasas:81)

Semoga mendapat iktibar daripada kisah Qarun ini.

Wallahua'lam...



Tasik Qarun..

No comments:

Post a Comment